• ::: Pintaku :::

    Tinta Pena ini Bukan untuk Pujian Tinta Pena ini Bukan untuk Kebanggaan Tinta Pena ini Untuk Memberi Sedikit Sumbangan Untuk Islam Melangkah Kehadapan Penuh Kebanggaan Menuju Kegemilangan Ingatkan diriku jikaku kealpaan Ingatkan diriku bilaku diselubungi riak kesyirikan Sesungguhnya cita-citaku menjadi Mujahidah Islam Yang bukan bercita-cita menjadi Pejuang Terhormat Tetapi Seperti Pejuang Islam Yang bercita-cita Menjadi Pemikir Ummat!!
  • Salamun Alaik.

    Sebarang salin menyalin atau edar mengedar DIBENARKAN kerana yang memberi hidayah dan izin untuk menulis adalah ALLAH..jadi untuk kepentingan islam,manfaatkanlah segala yang ada dalam blog ini... #################### Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. Al Quran (88 : 21 )
  • Most Traffic Post

  • Top Clicks

    • Tiada
  • Kiriman Terbaru

  • Komen terbaru

    elly pada MUHASABAH DIRI
    erin pada Kenapa mesti marah??
    sdura pada MUHASABAH DIRI
    althafunnisa pada Islamic Pictures
    althafunnisa pada Islamic Pictures
    althafunnisa pada Islamic Pictures
    adibah juhari pada Surat-Surat perempuan Joh…
    eiyda pada Kenapa mesti marah??
    batjoe pada Muhasabah cintaku
    batjoe pada Inilah Jalan ku
    muse nick pada MUHASABAH DIRI
    muse nick pada MUHASABAH DIRI
    mutiara pada Mengambil nafas baru : NEW…
    muharrikdaie pada Mengambil nafas baru : NEW…
    yati pada Sahabat
  • ~ Mereka Berkata ~

    “Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara. Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.” – Wadasar DzulKhairi Mohd Noor Presiden GAMIS 2007-2008 ########################################### “Kalau seorang Muslim hendak membanggakan dirinya, maka dia semestinya berbangga dengan pelbagai cubaan dan penderitaan yang dialami di jalan Islam, dia mesti bangga dengan jerih payah, perjuangan dan kerja keras yang dia persembahkan untuk agama ini dan dia mesti bangga tatkala di berjuang dengan penuh pengorbanan untuk meninggikan kalimah ‘La Ilaha illallah’ ” - Dr Aidh Abdullah al-Qarni, La Tahzan ########################################### "Inilah kelemahan para daie dan ilmuwan hari ini bagiku, gagal untuk melihat bahawa kuasa dakwah pada hari ini kekadang banyak wujud dalam kuasa multimedia dan perfileman. Lihat sahaja, berapa ramai yang tak pernah terlintas mahu membaca sumber-sumber Islam, tapi akhirn ya masuk Islam selepas melihat filem The Messenger. Berapa ramai yang sebelum ini keras hati tetapi akhirnya menitiskan air mata apabila melihat 8 siri filem perjuangan Ashabul Kahfi…." - Syaari Abd Rahman , Setiausaha Agong GAMIS 2007-2008 ###########################################
  • Imam Syafie

    Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.
  • Label

Damai

(Penulisan ini di tulis pada 9 May 2009 – sudah sebulan usianya)

Setiap manusia pasti pernah melalui satu saat yang sulit, kadang-kadang bisa melelahkan jiwa bahkan jika jiwa tidak mampu mengerti dan memahami sematang-matangnya,maka  pasti jua makin menjauh dari Illahi.  Saya bukan seorang yang pandai menukilkan kata secara tepatnya, tetapi hati ini ingin sekali meninggalkan sepatah dua bicara sebelum saya meninggalkan blog ini pada satu tempoh yang agak lama bagi saya.

Allah swt sering kali melamar, terkadang dengan lamaran  ringkas dan terkadang dengan risikan yang agak berat. Ikhlasnya, semakin berat lamaran, semakin saya bertaaruf denganNYA, semakin saya nampak kebesaran diriNYA dan semakin saya menyedari peri pentingnya kebergantungan kepada DIA serta saya sudah mula mengenali HAKIKAT DIA dengan kesemua  Asma ul Husna NYA. Malu!! Betapa tidak, selama ini bibir petah menghafal alunan Asma ul HusnaNYA, tetapi,tidak benar-benar memaknai dengan mata hati hakikat keagungan dzatNYA. Di dalam solat, kita bertakbir, “ ALLAH HU AKBAR”. Sedang hati tidak gentar merasai keBESARanNYA malah terkadang menyebutnya kerana itu semata-mata  diperlukan didalam solat.Bukankah hati orang mukmin itu akan bergoncang hebat apabila mendengar namaNYA?  Jadi,kemana hilangnya rasa kegentaran itu? Pokok pangkalnya, adakah rasa gentar itu sudah hilang dek kerana diri yang belum sempurna bergelar mukmin? Ah ! Menangis lagi. Mukminkah saya?

Di saat saya merasa lemah, acapkali terputar-putar kata-kata sahabiah kepada diri ini;-

Bagaimana Hisma Tersayang  selalu SMS kepada saya bertanya, “ Bunda Ena,Hisma sedih,macam mana nak jadi kuat macam bunda “

Bagaimana Sakinah Tersayang  selalu mengadu ala-ala menyoal, “  Ena, aku mampu ke nak handle diorang sensorang kat sini? Aku tak sekuat ko. Ko duduklah sini, aku sanggup bayar sewa bilik ko”

Bagaimana Kak Hasni Tersayang  di saat-saat tertekan akan berkata, “ Ena, bagi sikit aura kuat ena..”

Bagaimana Kak Fizah Tersayang yang sering memberi SMS mengejut berkata, “ Ena,bukan mudah rupanya untuk menjadi sekuat ena..”

Bagaimana Hanisah(syauqah)  Tersayang pernah berkata, “ Mutiara ni kuat ..macam mana ya?sebab ada cengkerang eh?”

Bagaimana Salliana  Tersayang  di waktu kelelahan cuba mencari tips “ Bagaimana nak kuat Ena? Bantulah Yana.. “

Bagaimana Syazana Tersayang  selepas menceritakan permasalahan, di hujung penutup cerita pasti dan pasti akan berkata dengan penuh bersemangat dan muka yang bermotivasi., “ Nak jadi kuat macam Kak Ena!!! “

Bagaimana Sunah (Angah) Tersayang pada awal-awal waktu pekerjaannya berkata, “ Along.. Angah tak kuat.. “

Bagaimana Kak Jun Tersayang (madam) pernah memujuk saya , di saat saya bertanya, ‘ mampukah ena kak jun?’ dan dia menjawab..“ Ena, akak yakin ena mampu,,ena kuat.. malah lebih kuat dari akak..”

Bagaimana Faezah Si Anakanda Tersayang pernah berkata di waktu saya begitu risaukan kesihatan mereka berada di bawah terik matahari pada tempoh yang lama di KPSD, “ Bunda jangan risau, anak bunda mana leh jadi lembik ..kena jadi kuat mcm bunda…”

Bagaimana Asma Tersayang bereaksi di saat saya menceritakan pengkhabaran pedih yang saya baru terima di saat saya bergelut dengan buku di library, dengan muka yang terperanjat mendengar berita itu lantas berkata , “ ena, kalau kita jadi ena, dah lama dah kita teriak(nangis).. mesti tertekan hyper..kuatnya ena..”

Bagaimana Kak Noor Aini Tersayang sering memandang saya dengan pandangan yang sukar saya fahami lalu dia berkata, “ Ena tau tak ena ni kuat dan tabah? Macam mana nak belajar jadi macam tu?”

Bagaimana Sobrini Tersayang pernah berkata, “ Ena selalu dengan madh’u  ena kat kolej, tapi kami yang kat rumah ni pun madh’u ena juga, Oni tak sekuat ena… bantu dan tegurlah Oni, Ena.. tegurlah kami.. kami mahukan tarbiyyah dr ena..“

Bagaimana Sayyidah Nafisah Si Anakanda Tersayang sering berkata.. “ Cha nak jadi kuat macam bunda..“

Dan ada beberapa lagi, yang saya tidak berniat untuk menceritakan semua. Ia menambahkan sesak di hati saya. Saya tak tahu apakah gelaran hina yang sesuai untuk saya gambarkan diri saya memandangkan saya telah membuat sahabat-sahabiah tertipu dengan diri saya. Hakikatnya saya tidak kuat, saya hanya hambaNYA yang lemah, yang tak terlepas dari gundah dan pilu, tak terkecuali dari tangis dan sendu.  Apabila saya mengingati kembali kata-kata sahabat, saya jadi malu sendiri, melihat diri ini dengan kaca mata yang penuh jelek.

KUATkah saya?? Tidak, sahabat-sahabat, saya pacalNYA yang hina,dhoif penuh kelemahan. Malah,saya menyakini, sahabat-sahabat lebih kuat dari saya Cuma mungkin kalian tidak menyedarinya..

Jangan cari kekuatan dari saya, kerana saya tidak mampu malah tidak kuat.. Benar,ini bukan gurauan,bukan untaian kata kiasan,tapi inilah hakikat sebenar saya seoarng hamba..

kerana apa saya bisa berbicara begitu?

Kerana.. Hanya Allah yang  mengetahui betapa lemahnya ena..

Kerana.. Hanya Allah yang mengetahui betapa laju air mata mengalir memohon kekuatan dari Yang maha Kuat

Kerana.. Hanya Allah yang mengetahui betapa kerap saya merayu dan mengemis pertolonganNYA..

Kerana.. Hanya Allah yang mengetahui sejauh mana diri ini memohon dipujuk dengan khabar gembiraNYA

Kerana.. Hanya Allah yang mengetahui betapa sering saya meminta di beri pintu Redha,agar saya mampu keluar dari kesedihan atas kehilangan sesuatu yang fatamorgana cuma. Agar saya mampu keluar dari rumah sendu dengan melepasi pintu Redha, kerana saya tahu, di balik pintu itu terhampar padang ketenangan dan tasik qanaah.

Kerana.. Hanya Allah dan hambaNYA bisa mengetahui hakikat segala pinjaman yang di beriNYA. Malah iman yang TERSANGAT cetek ini juga pinjaman hidayahNYA. ..

Jadi usah menyangka saya kuat,pohonlah dari Allah, kerana kekuatan saya hanya fana, tetapi kekuatanNYA hak milik abadi.

***

Selama 3 bulan ini,saya benar-benar di uji,terlalu banyak lorong yang perlu saya pilih. Lalu diri berkata, susunlah lorong-lorong itu mengikut Fiqh Awlawiyyatnya. Ah ! memang mudah berbicara,melaksanakan itu amat payah. Seolah-olah di luah mati emak, di telan mati bapa. Saya tidak sanggup melukakan yang di sini , saya tidak sanggup menegcewakan di sana, saya tidak mahu timbulkan salah faham di situ, saya tidak mahu yang di sinun menjeruk rasa,saya.. saya.. saya.. Ah! Saya buntu, Fiqh Awlawiyat sudah memberi jawapannya, tetapi hati amat sukar untuk menerima,andai saya bisa memilih untuk TIDAK memilih kesemuanya,pasti hati akan menjadi senang, tetapi tuntutanNYA menggesa diri untuk sentiasa bergerak, bukan berhenti di persimpangan pelbagai lorong lalu berdiam diri.

Saya cuba bertegas dengan prinsip diri, memohon yang di sinun bisa memahami,namun terpaksa akur menerima arahan pulang ke rumah dengan tergesa-gesa, dan di sana akhirnya mereka sudah punya asbab,alasan dan bukti yang membuatkan saya tidak mampu untuk lari. Balik ke sini saya di hadapkan pula dengan lorong-lorong yang pelbagai dan akhirnya saya termangu sendiri.

Saya mengakui, saya jarang bercerita permasalahan (cabaran-cabaran) yang sering saya hadapi, Dulu saya memang suka mencari sahabat untuk bercerita dan meluah, tetapi ada sesuatu yang merenggut jiwa saya dan akhirnya membuatkan saya jadi jarang untuk bercerita kepada manusia,saya masih ingat waktu itu,saya tahun 2 semester 1..saya menceritakan kepada seseorang nun di UIA, tiba-tiba dia mencelah dan memberi pandangan, tetapi kelihatannya dia tidak begitu faham apa yang saya sampaikan, dan saya berkata “ Hm,bukan begitu yang cuba saya sampaikan..hm,xpe la kalau macam itu,saya memang tak pandai bercerita,akhirnya awak pun pening dan salah faham..maaf..” dan kemudian dia membalas sms saya “ Permasalahannya bukan Nurul yang tidak pandai bercerita tetapi,Nurul sudah salah mencari tempat mengadu, saya tidak sempurna,maka saya tidak akan memahami perasaan Nurul sesempurna yang Nurul rasai.. Itulah namanya manusia,pasti akan ada kekurangan,saya hanya hamba,tetapi saya yakin,hanya Allah yang mampu memahami sepenuhnya apa yang Nurul rasai.Dia maha sempurna,berceritalah kepada DIA,pasti Nurul tak kecewa..tak macam bila kita mengadu pada manusia,kadang-kadang menambah kecewa dan tekanan jika mereka salah menafsir..macam yang Nurul rasa tadi pada saya.maaf saya tak mampu menjadi pendengar yang baik untuk Nurul sepertimana Nurul sentiasa menjadi pendengar yang baik untuk saya.” Ada sedikit rajuk di situ..

Benar seperti apa di kata,Dia yang abadi sedang menanti,kenapa masih mencari yang tidak mampu mengerti sepenuh hati. Dari psikologinya, sememangnya manusia memerlukan orang di sekeliling,benar, saya tetap bercerita permasalahan ringkas saya kepada sahabat-sahabat, tetapi ada masanya- ada jenis2 permasalahan saya mengambil langkah untuk mengadu kepada Dia sahaja. Segalanya diluah kepada DIA.. Dan itulah yang saya lakukan. Memohon petunjuknya atas permasalahan ini selama 3 bulan,merayu-rayu..tetapi saya seronok.. damai dalam tangis, bahagia dalam sendu..nikmatnya sukar untuk saya definisikan..

3 bulan saya menanti, acap kali di hasut sang durjana supaya berhenti berharap,supaya berburuk sangka, supaya berputus asa, tetapi alhamdulillah saya tidak berganjak dari usaha dan pengharapan, pendirian saya satu- Allah maha mendengar,maha penyayang dan maha mengasihani,dia akan membantu kita selagi mana kita memohon dari nya..saya teguhkan diri dengan pendirian itu dalam memohon jawapan..hadapi dengan solat dan sabar.. itu firmanNYA..dan saya menyakini firmanNya itu..

dan akhirnya di saat-saat  waktu kritikal ini, Allah tunjukkan lorong yang benar untuk saya pilih, sesuai dengan jawapan awlawiyat saya tetapi dengan keadaan atma yang berbeza,tidak lagi berkecamuk seperti dahulu. Saya redha jika ini keputusannya, walaupun hati sedikit risau pada pandangan yang di situ,di sana, di sinun, di sini.. tetapi biarlah,ini kan hakikat manusia, kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang,(Finally, Komander Yakuza, I have to admit, SILENCE IS GOLDEN ) Cukuplah jika saya benar-benar mengikut petunjukNYA..dan tidak mendatangkan murkaNYa..

Asykurulillah Ya Allah atas pertolonganMU..

Asykurulillah Ya Allah atas pemberian pertunjukMU..

Kini di tengah2 persimpangan pelbagai lorong ini,saya harus akur untuk memilih lorong itu..

Lantas ku susun langkah rapi menuju ke sana..

Pasti ada perca hikmah dan bahagiaNYa di bumi kulim itu..

Tetapi entah kenapa air mata mengalir laju mengiringi saya di saat melangkah keluar dr markas tarbiyyahku itu (bilik asrama saya)..malah ia makin laju ketika saya di dalam teksi menuju ke Seri Putri..

P/S :

  • Saya terkilan kerana tidak mampu menyambut dan menemani permata-permata hati(the 4 of them) saya yang baru lahir ke dalam keluarga jalinan akidah kami.
  • Saya selalu tertanya-tanya apakah dugaan yang akan Allah berikan kepada kami lantaran teramat sayangnya saya kepada mereka. Saya menyakini,Allah pasti menguji kita dengan ape yang kita sayang . Dan kini saya sudah nampak, saya dipilihNYA untuk tidak menemani mereka di saat mereka amat perlukan sokongan. Hanya doa di penghujung malam yang mampu saya berikan. Saya serahkan kepada Allah yang maha baik untuk menjaga mereka sebaiknya dan sesuai dengan keperluan diri mereka.
  • Harus faham,permata hati di atas tidak termasuk dalam lorong-lorong yang perlu saya pilih. Masih ada banyak awla lain yang perlu saya dahulukan. Kesedihan tidak dapat menemani mereka hanya ibarat denai, berbanding lorong besar yg gelap yang saya tidak pasti apa di penghujungnya.

11 Respons

  1. salam along… (T_T)…..sadisnye tulisan ni..huhu.

    ye, kite kne kuat! kekuatan yg hanya akan kite dapat daripada yang Maha Kuat! syukran, banyak yang angah dapat dari entry kali ni…

    sayang & rindu along selalu…. :)

    Salam angah dear..
    Sadis ke?huhu..
    btul3.. kita hanya meminjam dariNYA..segalanya dariNYA..

    sayang kamu juga my dear angah..

  2. Salam..sabar yer ena..
    insyaAllah~ jangan mudah berputus asa dengan rahmat dan nikmayNya…moga ena tabah mengharungi apa jua dugaan…akak doakn ena dan shbt2 lain mampu menghadapinya…insyaAllah~

    salam..
    insyaAllah kak.. doakan ena kuat neh.. syukran,, hope to see u soon.. :)

  3. salam
    kiafa hal ya bunda?

    moga dlm kasih sayangNYA
    :)
    kerja elok2

    salam..
    alhamdulillah,ana bil khoir..

    anak bunda sihat x?
    hu,windu..
    nway,jg Iman n diri elok2..
    kawal nafsu garang2 sket neh..

    luv,
    Bunda

  4. insyaallah, kita kuat supaya orang lain kuat. Jika kita lemah, siapa yang bisa kuat? namun ingat, kekuatan itu sumbernya dari Allah jua. Allah yang empunya. Gunakan sebaiknya ya dik. Bantu sahabat2 yang lain.

    ~Ade iklan susu tepung ‘Membantu tumbesaran lebih cepat dan tulang lebih kuat’… salah tu, Allah yang menguatkan semuanya. Insyaallah.

    salam..
    syukran kyun..
    insyaAllah,same2 menjadi kuat n mguatkan yg lain..
    Yup,Allah yng memberi Kekuatan.. bkn biskut Tiger.. haha

  5. kenapa?? miss u a lot…
    permata hati kita….
    ak sayang sangat….
    dan ak faham mereka akn d uji..
    walaupn ak syg mereka..
    tp i2 yg t’baek..
    msh ada ada sebuah permata yg perlu digilap..
    insyaallah…
    time kaseh ena….
    sbb mgajar ak erti syg dan rindu…
    -ak manusia lemah…
    salam tarbiyyah….

    salam..
    sob2 dear my partner naqibah..
    windu kamu bangat2..
    hm,hamster sihat x?
    eheh.. yup.. masih ade satu permata d tangan yg perlu di gilap n insyaAllah,kita kne menggapai bakal2 permata2 baru yg akn kita jumpa pd ms akan dtg..
    trime kasih gak buat kamu,Sakinah..
    luv anak2 n luv kamu..
    :)
    Salam tarbiyyah..

    • huhu..hamster…
      dah xda…kambing dh bunuh mereka dlm
      stu tragedi b’darah….
      knape la kambing ak ni nakal sgt…
      xpe la…
      huhu

      salam..
      p tarbiyyah sket kambing hang tu..
      eheh..
      kan ade 2 ekor hmster…
      mati kdua2nye ke?
      ..
      dear,anything epen,..
      pliz do tell me..
      jgn simpan sensorang..
      tangan ena tlapang luas utk kamu ~

      luv ~

    • bunda…air mata cha mengalir bace comment nie. Sedeyyyyyyyyyyyy..xtau knapa. huhuhuhuhu. Sayang bunda n kak sakinah dengan sangat2x.

  6. salam.akak kan kuat dan mantop .suspek la…huhu..tq atas segala nasihat selama ni

    salam..
    adik akk ni pun kuat gak kan??
    thanx gak atas sgale nasihat..
    smoge Allah makin mnambahkn kkuatan buat sume adik2 akak..
    KUAT mcm Umar Mukhtar!!

  7. salam dear..
    ’setiap yang berlaku pasti ada hikmahkn ?’ =)
    mcm2 ak rancang bila xjadi li, tp perancangan Allah yg terbaik..dlm masa seminggu,semua berlaku dgn cpt and at last ak g 1 progm ni…ak tersentap dgn kata2 ni, ‘letakkan Allah dalam hatimu dan dunia dalam genggamanmu’
    dah lama ak terlupa,terlekakan..ingtkan ak d kala ak terleka neh..syg ko!

    Salam..
    lia syg!!!!!!!!!!!
    windu!!
    oho,btul,banyak perancangan,tp Allah lbey tau ape yg tbaik untuk kita..
    :) mcm ne kat sane? hope evrything will fine dear..
    hm,p ESQ eh? jeles ni..sob2..
    hu~ sama2 kite ingat mngingati neh..
    syg Ya gak!!
    thanx 4 being my fren..

    luv ~
    ena

  8. salam, wahai orang-orang yang bersih hatinya.

    selawat dan salam buat junjugan besar tercinta Muhammad SAW,keluarga baginda, para shbt, seluruh pejuang kebenaran dan muslimin ,muslimat tidak kira walau dimana berada,

    Terharu baca tulisan ni..hmm boleh jadi kekuatan terbina daripada kelemahan yang ada jika kita mahu berfikir dgn menggunakan kelemahan tersebut sebagai batu loncatan, mintalah selalu kekuatan daripada yang maha kuat. sesungguhnya ALLAH SWT pemilik segala kekuatan… Hanya Allah yang mampu memberi kekuatan kepada kalian.semoga terus istiqamah di atas jalan kebenaran..Berjuang selagi berdenyut Nadi….

    Salam, terima kasih Nur hanani, Terkadang kita terlupa meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepadaNYA dengan segala sifat yang DIA ada,, selamat berjuang juga buat saudari!! :)

Tinggalkan jawapan