
ini nota saya
Seusai menelefon Ma di rumah,tangan saya terus mencapai Buku anatomy dan physiology saya. Buku itu kejap di pegangan saya. Merenungnya. Lama. Aah ! Persoalan-persoalan ngeri itu timbul kembali, menujah-nujah minda sepertinya memohon di beri sedikit pencerahan dari akal logik saya,wahyuNYA dan sabda Baginda.
Akhirnya tangan saya menerkam Kitab tebal Sejarah Anatomi Greek . Meneliti dari baris ke baris,dan di dalam hati merayu-rayu memohon moga bertemu jawapan yang selari dengan kehendakNYA. Maka waktu yang seharusnya saya habiskan untuk menghafal tulang-tulang yang pelbagai digunakan sepenuhnya membaca berulangkali sejarah manusia-manusia agung pencetus ilmu Anatomy. Balik ke asrama saya teruskan dengan mencari maklumat-maklumat tambahan di internet hingga sesak tab2 di firefox. Mengapa Fazrena? Macamlah soalan ni akan keluar dalam Final Exam nanti.. Ahh!! Pemikiran sekular itu keluar kembali!! Untuk exam semata kah saya belajar? Saya biarkan persoalan itu mati sebentar. Bukan sekarang masa yang terbaik untuk saya mengulasnya.
Saya sedar tak ramai akan baca buku-buku sejarah sebegini. Barangkali sekilas pandang tak terdetik untuk diteliti. Pernah saya berkongsi bebanan persoalan yang mengkabut jiwa dan minda saya ini kepada seseorang. Akhirnya tiada jawapan yang keluar melainkan :-
Ena, kita ada banyak lagi permasalahan yang perlu difikirkan berbanding dengan persoalan rumit awak ini. Tolonglah jangan sempitkan pemikiran.
Saya termangu. benarkah saya meyempitkan pemikiran? Walhal saya ingin meluaskan makna ilmu itu seluas-luasnya agar tidak memenjarakan ilmu-ilmu didada saya hanya atas desakan Peperiksaan. Lupakah manusia bahawa Bapak Socrates pernah berkata :- The only thing I know is that I know nothing. Dan akhirnya saya membuat keputusan untuk mencari sendiri. Pengkajian dhoif saya dimulakan dengan mencari asbab musabab bagaimana ilmu ini mampu tercetus. Saya cuba kembali meneliti sejarah keagungan tamadun silam yang mengangkat ilmu anatomi-perubatan ini sebagai satu cabang imu yang hebat di waktu itu.
Saya tertanya-tanya, mengapakan sejarah Anatomy tidak dimasukkan ke dalam silibus perubatan? Apakah sejarah ini tidak langsung membawa kepentingan? Terngiang-ngiang George Santayana pernah mengingatkan :- Sesiapa yang melupakan sejarah,pasti akan mengulangi prilaku sejarah lepas. Nah! Betul bukan,sejarah itu teramat penting. Jadi bagaimana kita mampu belajar dan meneruskan pembelajaran selagi kita sendiri masih kabur jalan sebenar dan hala tuju sesuatu cabang ilmu. Bisakah jika saya katakan bahawasanya kita sekarang belajar atas tuntutan komersialisme-materialisme-sekularisme berbanding daripada tuntutan the desired to excel dan tuntutan pengabdiaan dalam menggapai redhaNYA? Salahkah tanggapan saya apabila saya katakan budaya taqlid buta ini menerjah setiap ceruk ilmu baik ilmu fardhu ‘ain dan fardhu kifayah? Kata-kata Cikgu Azmi saya sambut dengan anggukan berkali-kali :- Pelajar sekarang hanya belajar mengutip ilmu,simpan dihafalan dan kemudian di buang di medan peperiksaan, sesudah itu ilmu hilang begitu sahaja.
Kitab tebal Sejarah Anatomi Greek saya mulakan dengan Hippocrates, (Father of Medicine), saya selalu mengkaji perihal manusia yang memperkenalkan Hippocratic Oath ini. Andai diteliti dari sudut perubatan, seharusnya tiada penafian lagi bahwasanya Hippocrates telah banyak menyumbang walaupun dari sudut perubatan moden banyak ideanya yang tidak lagi diterima pakai. Bukan perihal sumbangan yang ingin saya kisahkan, tetapi yang menarik minat saya adalah Hippocrates merupakan salah satu manusia yang menolak unsur-unsur karut dan tahyul sebagai punca sakit. Seharusnya ini adalah suatu yang sangat besar dan kontradiks di zaman itu lantaran banyak kepercayaan sakit itu diakibatkan kemurkaan Tuhan dan sebagainya. Maka atas dasar itu Hippocrates berusaha mengesahkan segala masalah kesihatan didasarkan kepada pembuktian sains. Nah ! Atas dasar pendirian iini lah yang menyebabkan tercetusnya ilmu anatomi dan perubatan.
Tampak mudah?
Tidak semudah itu di mata saya. Saat idea sebegini muncul, maka dalam diam segala yang berlaku menuntut pembuktian berbentuk empirikal lantas segala yang bercanggah dengan pembuktian adalah dianggap tidah benar. Tuhan? Intuisi? Taqdir? Di mana letaknya? jangan anggap saya suka idea animisme dan tahyul di zaman Greek. Tidak sama sekali kerana saya yakin Islam sendiri punya jalan terbaik menghubungkan ilmu naqliyyah dan ‘aqliyyah yang mula terpisah atau terlebih dahulu terpisah di era Hippocrates.
FALSAFAH DAHULU, BARU ILMU
“A good physician must also be a philosoper. “
Ini kata Galen. Dan saya tiba2 tersenyum. Meneliti perjalanan hidup Galen, memang lebih menarik berbanding tokoh Anatomy yang lain. Fokusnya bukan setakat kepada Anatomy, Physiology malah Falsafah dan logik. Terpengaruh dengan Plato, Aristotle malah paling utama Hippocrates yang dianggapnya sebagai ‘divine’. Andai seseorang memilih untuk menjadi pengikut tanpa berfikir, hidup bakal jadi mudah. Tapi bagi seorang pemikir sejati, bukanlah satu kepuasan menerima tanpa mengerti dengan hati. Maka saya sedikit sebanyak mengerti mengapa Galen bersungguh mengatakan doktor harus jua menjadi seorang filsuf. Namun bukan murah harga yang perlu dibayar, terlalu banyak cabaran yang harus ditempuh sama jua dengan Che Guevara.Lantas tidak hairan namanya tidak pernah mati. Saat kegelapan melanda Eropah, karya Galen deras diterjemah ke dunia Islam dengan kritikan dan pembetulan oleh ilmuan Islam sebagaimana sentuhan Ibn Al Nafis tentang ‘pulmonary circulation’. ( Dr raden pernah menceritakan hal ini sewaktu INTELEK )
Saat Renaissance berlangsung, karyanya menyeberang kembali ke dunia Barat dengan sentuhan yang diperhebat oleh ilmuan Islam. Mengapakah kisah hebat sebegini diabaikan? Bosan sungguh mengikuti satu persatu silibus pendidikan dalam setiap subjek yang saya ambil. Belajar tanpa melorongkan matlamat sebenarnya hanya untuk DiA. Belajar tanpa makna melainkan insan-insan terpilih berusaha mencari makna. Mencari makna demi Allah yang pasti…
Perubatan adalah bidang yang menarik. Seperti bermain puzzle, setiap subjek melengkap pemahaman berkenaan tubuh manusia. Sama seperti falsafah. Segalanya berkaitan.Barangkali ada pelajar perubatan yang tidak tahu kalau perubatan itu sendiri lahir dari falsafah. Lantaran desakan akal dan hati manusia yang terlalu ingin mengerti hakikat diri, adakah manusia itu terdiri dari sel atau atom. Andai hanya itu yang melengkap makhluk bernama manusia, mengapakah mayat tanpa nyawa tidak lagi dikatakan manusia sempurna? Apakah peranan roh dalam pelengkap makhluk bernama manusia. Oh lupa… Tokoh Anatomy Greek seperti Herophilus juga yang menempatkan intelektual di akal bukan di hati. Malah ’soul’ manusia ditempatkan di ‘calamus scriptorious’. Itu bezanya di antara ilmuan islam dan cendekiawan Barat. Dan kerana itu saya cuba mencari titik persamaan di antara saya dengan tokoh2 ilmuan islam terdahulu dalam konteks mencari ilmu, sungguh berbeza niat dan matlamat kami. lentur lidah memang mudah,tetapi memaknaikan lisan itu dihati,teramatlah payah

menggapai cahaya dlm mencari erti sebenar
Saya cuba meluah dan memohon pencerahan,memprovok beberapa individu,bertanya asbab sebenar mengapa dia berada disini- menara gading-medan ilmu. Jawapannya mudah :- Dapatkan ijazah dan bekerja. paling jujur pun pasti akan ada yang berkata :- Untuk ibu dan ayah. Tidak sedikit juga yang berkata :- saya nak jadi doktor dan engineer. Saya mengeluh, kita benar-benar sudah terikat dengan sekularisme dan komersialisme. Sudah menjadi isi daging dalam kehidupan seharian. Suka untuk saya ceritakan megenai sebuah lagu dari John Lennon iaitu Working Class Hero yang mempertikaikan mengenai penghambaan manusia kepada pekerjaan – paling tepat adalah duit. Maka sebagai rakyat British Imperialism atau rakyat yang mendokong sistem British Imperialism, mahu atau tidak, semua rakyat perlu di perhambakan dengan perkerjaan. Hamba-hamba ini di letak dalam penjara bernama Kerajaan(Government Servants) dan Industri. Waktu kerja menjadi rantai-rantai yang perhambakan rakyat.
Perlukah segulung degree itu sebagi satu-satunya penentu seseorang itu boleh menjadi doktor dan engineer? Bila berbicara mengenai ini, saya pasti teringat situasi bapak tersayang. bapak bukanlah engineer,tetapi dia adalah tempat rujukan hampir kesemua engineer yang berada di pejabatnya ( TNB) . Bapak tidak belajar di kuliah ilmu (teori) , tetapi belajar dari medan lapangan (praktikal) , pengalaman demi pengalaman dan usaha pembacaan telah meletakkan kedudukan bapak sekarang. Hanya pekerja biasa,tetapi sentiasa menjadi tempat pemudah cara dan pencerahan engineer-engineer. pernah bapak didesak kawan sepejabat untuk mengambil degree demi menaikkan lagi tangga gajinya, tetapi bapak tidak bersetuju. Namun, Bapak tetap menghabiskan masa mempelajari cabang-cabang ilmu kejuruteraan elektrik di bilik bacaannya. Saya masih ingat ketika Along saya bertanya lembut kepada bapak :- kenapa masih belajar dan bersusah payah membeli buku? Jika bapak menyukainya,mengapa tidak ke Universiti sahaja? . Saya teruja mendengar jawapan bapak. Memaknai ilmu itu lebih penting : – ini pesan Bapak. Baik,kita abaikan sebentar mengenai cerita bapak saya.
Kita kembali kepada John Lennon. Waima John Lennon inginkan rakyat “think outside the box” dan membebaskan diri dari perhambaan ini. Menjadi pemuzik tidak perlu 25 tahun di bangku sekolah. Menjadi petani tidak perlu 25 tahun untuk jadi petani. Menjadi jurutera tidak perlu 25 untuk jadi jurutera. Rakyat perlu bebaskan diri dari perangkap kerajaan yang mahukan kita membazir masa yang lama dan wang yang banyak supaya guru2 di sekolah dapat di gajikan dan rakyat makin banyak di hambakan sebagai Government servant,ataupun Industri servant .
Masalahnya ena, masyarakat semua sudah memandang degree/master/phd sebagai tiket mendapat pekerjaan. Aku,kalau bukan fikirkan masa depan,tak de masanya nak dok menatap buku ni..aku pun tak faham kenapa perlu belajar subjek ini dan subjek itu,tetapi yang aku tahu,aku kena dapat markah tinggi.
Benarlah teori Einstein berkenaan Society and Personality. Kita terbiasa dengan ‘collective mind of society’. Pandangan alam yang ditentukan masyarakat diangkat sebagai kayu ukur kebenaran. Maka dalam menentu pembentukan peribadi seseorang, masyarakat turut sama mengalun rentak hidup seorang manusia. Saya terfikir,jadi di mana letaknya posisi pendapat individu yang merdeka dari pengaruh masyarakat? Tidak nampak sinarnya. Namun fikirkan kembali… Sebelum sesuatu budaya berjaya mendominasi sesebuah masyarakat, maka seharusnya ada individu yang muncul membawa pembaharuan hingga berjaya melakar mentaliti masyarakat. Contoh paling mudah adalah kehebatan Rasulullah membina keindahan peribadi kaum Quraisy yang sebelumnya hidup dalam kejahilan. Insan agung seperti ini merupakan obor cahaya yang hebat!!! Contoh yang realistik bagi perubatan pula adalah keberanian Herophilus men’dissect’ cadaver(mayat yang diawet, tapi saya tak pasti mayat zaman Herophilus diawet atau tidak). Maka pembawaan ideologi, pendapat dan fahaman individu ini yang asalnya membawa kepada pandangan alam masyarakat. perlu ada seorang atau golongan minoriti yang menjadi perintis dan berbeza pendapat dengan norma kebiasaan masyarakat. Keadaan inilah yang membawa kita keluar dari comfort zone menuju courage zone. Tetapi manusia sering menghukum,tuduhan mudah- sesiapa yang berbeza dari kebiasaan mereka akan di anggap pesalah dan di pinggirkan. Tepat sekali Teori Einstien ini.
Kaitannya dengan Einstein dan saya?
Menurut Einstein manusia-manusia sebegini semakin kurang. Sudah jarang untuk bertemu dengan mereka yang ebrbeza pemikirannya dengan pemikiran standard masyarakatnya. Jika ada pun,mereka lebih gemar membujuk rasa dan senyap menyepi,takut terpinggir. Apabila zaman berlalu, terlalu banyak yang telah disumbangkan oleh tokoh silam. Maka saban hari manusia semakin selesa, keinginan untuk mencari kebenaran semakin kelam lantaran telah banyak usaha menyinar dan meneroka ilmu dilakukan tokoh sebelumnya. Teknologi berkembang, begitu jua ekonomi. Fikiran manusia? Semakin banyak maklumat namun semakin terpenjara! Saya sesak diasak mempelajari sesuatu tanpa mengetahui susur galur dan asal usul ilmu. Apakah? Mengapakah?
Cikgu Azmi sekali lagi membuatkan kepala saya deras mengangguk apabila mendengar dia berkata :-
Pelajar hari ini sudah hilang rasa berlumba-lumba untuk mendapat ilmu. Tiada pun rasa tertanya-tanya “hari ini Prof nak ajar apa ye? uishh.. tak sabar nya nak pergi kelas ” ..Lesu..Pelajar sudah menjadi robot yang menunggu untuk di programkan..
Pendapat saya? Bebaskan saya dari belenggu belajar mengikut silibus yang tidak lengkap sistem ilmunya. Berikan nyawa pada ilmu ini. Hidupkan roh dalam kembara ilmu ini. Keluarkan rasa seronok dan tidak sabar-sabar (eager) untuk pergi ke kuliah pengajian. Jelaskan sejelasnya akan hakikat dan tuntutan ilmuan islam silam memperkasakan bidang ilmu dalam usaha menggapai redhaNYA, Satukan ilmu naqliyyah dan aqliyyah agar seiring fardhu ain dan fardhu kifayah. Satukan ilmu ini agar akhirnya keredhaan Tuhan yang digapai… satukan untuk Yang satu
Banyak yang ingin ditulis. Ramai lagi tokoh menarik. Tapi cukuplah sampai sini, sekadar perkongsian ringkas… Kenapa saya tiba-tiba menulis begini? bukan cuba menyalahkan sistem, tetapi sejujurnya saya di antara mereka yang salah dalam melorongkan matlamat kembara ilmu ini, sejujurnya saya tidak mampu menghadirkan rasa ghirah untuk mempelajari ilmu kerana DIA, Saya sudah terlalu jauh di dakap erat dengan sistem sekular dan komersialisme yang membutakan mata hati saya hakikat sebenar mengapa saya berada di medann ilmu ini. air mata sering mengalir mengenangkan tiada lagi pembudayaan ilmu di kalangan mahasiswa, kita belajar bukan atas kesedaran ilmuNYa,tetapi atas tuntutan sendiri. Saya tidak menyalahkan,memang benar,ilmu juga penentu survival kita di dunia dan akhirat,tetapi banyak mana dari kita yang menjadikan survival akhirat sebagai batu utama?
Acapkali terdengar keluhan,dan rasa iri sahabat-sahabat terhadap mereka yang pernah bersekolah agama,maahad dan mereka yang mengambil pengajian islam. Acapkali pelupuk mata basah pabila membaca dan mendalami ilmu-ilmu ukhrawi,tetapi aneh ya sahabat,kenapa tidak pula saya menangis apabila meneliti dan mempelajari ilmu fardhu kifayahNYA ( perubatan,engineering,tanaman). Bukankah ini juga ilmuNYA?? atau adakah saya sudah terpengaruh dengan sekularisme? Tidak mampu mengerahkan rasa kerdil ketika mempelajari ilmu teknologi dan sainsNYA..
Salahkah saya berfikir begini? salahkah jika saya sentiasa bertanya kepada guru mengenai perkaitannya ilmu sains dan teknologi dengan dasar islam? sehinggakan mereka seolah menjeruk rasa apabila saya sentisa bertanya apakah dasar dan falsafah islam dalam bidang ilmu kejuruteraan dan perubatan? Salahkah.. Jika saya sering berbeza dari mereka semua? Salahkah saya? saya cuma mahukan perkaitannya dengan DIA, sememangnya saya menyakini ada, tetapi sukar untuk saya mewujudkan perasaan itu berbanding ketika saya berada di kuliyyah2 agama dan tafaqquh di MSI. saya seoalh-olah terpenjara dengan ilmu ini. Ali Bukhari Amir pernah menukilakan :- ” membaca dan ilmu seharusnya mengheret manusia ke arah ketamadunan,bukan kematian” Tetapi saya seolah-olah tidak berupaya mencari titik temu selagi saya tidak jelas akan dasar2 dan prinsip ilmu itu sendiri. Saya seolah tersesat dan terpenjara. salahkah saya??
Saya memujuk hati, membisikkan kalam dari Sheikh Al Ustaimin : -
“ Sesungguhnya dalam apa sahaja bidang ilmu, perkara yang amat penting bagi orang yang ingin mempelajarinya ialah mengkaji dasar-dasarnya yang dapat membantu memahami ilmu tersebut. Pengkajian dasar-dasar sesuatu ilmu akan menjadikan pengkaji itu seorang yang mempunyai tapak yang kuat di dalam bidang ilmu itu. pepatah ada menyatakan bahawa orang yang tidak dapat memahami perkara dasar (ushul), tidak akan kesampaian kepada ilmu itu “
Terangkanlah..
Terangkanlah..
Jiwa yang berkabut..
langkah penuh dosa ~
Tinta Medical Electronic Student,
FKE UTM Skudai
..
Difailkan dalam: Bingkisan hati | Tagged: Ali Bukhari Amir, aristotle, cikgu azmi, einstien, falsafah, galen, george santayana, herophilus, hippocrates, John lennon, plato, Sheikh al ustaimin, socrates, tarbiyyah, teras
salam ziarah..
Saya ade kwn yg baru balik mesia,
dok kat simpang pulai,
nama akim,
dia insyaAllah bley tlg clearkan pmikiran n hati anda..
sy respek die..
susah nk jupe akhowat yg bpmikiran mcm awk..
nk jd philosopher ke?
tgok blog yg sy taip kat sini..
Dengan nama Allah..
Lagu John Lennon? suka dgr lagu macm tu ke?
Penulisan yang agak matang, Tapi pening juga nak faham mengenai tokoh2 tamadun tu.ana tak dalami sangat ilmu sebegitu. Malu lak ana.
Tengah serabut ke?Tak pa, teruslah mencari kebenaran..
salam. hish, along ni klau menaip berjela2….;p