• ::: Pintaku :::

    Tinta Pena ini Bukan untuk Pujian Tinta Pena ini Bukan untuk Kebanggaan Tinta Pena ini Untuk Memberi Sedikit Sumbangan Untuk Islam Melangkah Kehadapan Penuh Kebanggaan Menuju Kegemilangan Ingatkan diriku jikaku kealpaan Ingatkan diriku bilaku diselubungi riak kesyirikan Sesungguhnya cita-citaku menjadi Mujahidah Islam Yang bukan bercita-cita menjadi Pejuang Terhormat Tetapi Seperti Pejuang Islam Yang bercita-cita Menjadi Pemikir Ummat!!
  • Salamun Alaik.

    Sebarang salin menyalin atau edar mengedar DIBENARKAN kerana yang memberi hidayah dan izin untuk menulis adalah ALLAH..jadi untuk kepentingan islam,manfaatkanlah segala yang ada dalam blog ini... #################### Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. Al Quran (88 : 21 )
  • Most Traffic Post

  • Top Clicks

    • Tiada
  • Kiriman Terbaru

  • Komen terbaru

    elly pada MUHASABAH DIRI
    erin pada Kenapa mesti marah??
    sdura pada MUHASABAH DIRI
    althafunnisa pada Islamic Pictures
    althafunnisa pada Islamic Pictures
    althafunnisa pada Islamic Pictures
    adibah juhari pada Surat-Surat perempuan Joh…
    eiyda pada Kenapa mesti marah??
    batjoe pada Muhasabah cintaku
    batjoe pada Inilah Jalan ku
    muse nick pada MUHASABAH DIRI
    muse nick pada MUHASABAH DIRI
    mutiara pada Mengambil nafas baru : NEW…
    muharrikdaie pada Mengambil nafas baru : NEW…
    yati pada Sahabat
  • ~ Mereka Berkata ~

    “Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara. Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.” – Wadasar DzulKhairi Mohd Noor Presiden GAMIS 2007-2008 ########################################### “Kalau seorang Muslim hendak membanggakan dirinya, maka dia semestinya berbangga dengan pelbagai cubaan dan penderitaan yang dialami di jalan Islam, dia mesti bangga dengan jerih payah, perjuangan dan kerja keras yang dia persembahkan untuk agama ini dan dia mesti bangga tatkala di berjuang dengan penuh pengorbanan untuk meninggikan kalimah ‘La Ilaha illallah’ ” - Dr Aidh Abdullah al-Qarni, La Tahzan ########################################### "Inilah kelemahan para daie dan ilmuwan hari ini bagiku, gagal untuk melihat bahawa kuasa dakwah pada hari ini kekadang banyak wujud dalam kuasa multimedia dan perfileman. Lihat sahaja, berapa ramai yang tak pernah terlintas mahu membaca sumber-sumber Islam, tapi akhirn ya masuk Islam selepas melihat filem The Messenger. Berapa ramai yang sebelum ini keras hati tetapi akhirnya menitiskan air mata apabila melihat 8 siri filem perjuangan Ashabul Kahfi…." - Syaari Abd Rahman , Setiausaha Agong GAMIS 2007-2008 ###########################################
  • Imam Syafie

    Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.
  • Label

Surat-Surat perempuan Johor

Bismillahirrahmaanirahim..

Dalam sesak menelaah pelajaran dalam musim peperiksaan yang semakin hampir, sempat lagi mencuri masa menjernihkan minda membaca karya Faisal Tehrani. Semakin menelusuri karya-karyanya, semakin tertarik untuk terus memahami mesejnya yang unik. Tersentuh pada nukilan SURAT-SURAT PEREMPUAN JOHOR yang penuh mesej menusuk hati. Bukan niat mengulas karyanya, hanya ingin berkongsi moga bisa menambah imu…

Betapa watak yang ditampilkan dalam karya ini tampak sungguh hebat menerusi kaca mata saya. Citra seorang wanita silam yang indah dengan santunnya, kaya dengan keagungan ilmu, bijak mengerti aturan pemerintahan sesebuah negara, sedang mindanya begitu global di saat teknologi belum berpasak. Tertusuk jiwa lantaran wanita hari ini semakin hilang susilanya, malu pada kemelayuannya, hingga menjadi bunga yang layu tanpa harga… Begitukah kita?

Betapa menerusi wahana yang pelbagai, dakwah itu bisa disalurkan. Andai Faisal Tehrani memilih jalan tinta untuk memperjuang agama, apa pula jalan kita sebagai khalifah di muka bumi? Dalam ghairah mengejar ilmu, adakala terlupa segalanya adalah sia2 tanpa niat segalanya adalah demi keredhaan Allah.. Lebih malang andai jalan pencarian ilmu berwarna noda dan kemungkaran. Andai ilmu diumpama cahaya, bisakah cahaya hadir dalam diri yang penuh dosa?

Seharusnya seorang Melayu bangga dengan bangsanya yang kaya dengan citra hebat. Selamanya, selagi seiring dengan tuntutan agama, perjuangan ini harus ditegakkan. Namun, citra diri perlu dimengerti terlebih dahulu. Di mana lebihnya kita? Di manakah  medium terbaik bakti kita dapat dihulurkan? Bisa saja seseorang menjadi doktor perubatan, hebat mengerti aliran falsafah dan pemikiran Islam dan tokoh dalam berpidato demi mengangkat martabat umat. Umat Islam harus punya pelbagai keupayaan. Umat islam juga harus punya pelbagai kepakaran.Kerana kita adalah sebaik2 umat… Setiap dari cabang keupayaan dan kepakaran yang ada pada setiap dari Khaira ummah ini seharusnya dibentangkan keseluruh pelosok dunia untuk manfaat ummah sejagat. Bukankah begitu seharusnya kita? Menjadi pemudah cara bagi setiap insan.Pernahkah kita keluarkan formula hasil dari gabungan keupayaan dan kepakaran yang kita miliki ini untuk menjadi satu strategy  hebat yang membantu usaha penegakan kalimah tauheed di bumi waqafan ini?  Persoalan demi persoalan menujah di minda saya..

Kerana itu, berhentilah menjadi manusia picisan… Hidup dalam kekerdilan jiwa dan minda… Kerana kematian jiwa adalah kematian yang sebenar-benar kematian…

4 Respons

  1. salam ziarah
    :)
    nice blog

    salam..
    syukran ziarah..
    harap dapat tegur kalu ade yg silap
    :)

  2. teruskan menulis agar dapat dikongsi minda dan perjuangan ini demi islam dan cahayanya ….Insyaalah

    insyaAllah..
    amin.. doakan!

  3. Salam ukhti!

    sukar saya nak cari teman2 yang ingin membaca karya FT. akhirnya saya ketemu juga di sini. kamu, kita kawan yok. bukankah setiap mukmin itu bersaudara… kan.

    ukhwah fillah. :)

    salam..
    saya bukan lah penggemar novel sebenarnya..
    sahabat sahabiah ramai yang suka novel islamik indonesia,fatimah syarha dll..
    tetapi sy sukar untuk jatuh cinta dengan novel2 sebegitu..
    FT aje yang buat saya menyukai novel.. sebabnya tinta FT sahaja yang mampu memaksa diri saya memikirkan pelbagai permasalah ummah dr cabang2 kreativiti yg berbeza.. Saya selalu ‘hilang’ dan ‘explore’ jauh ketika membaca tintanya..

    :) Saya berbesar hati menjadi kawan kamu,,
    Maha suci allah yang mempertemukan hamba2NYA didalam satu maksud akidah yang sama..

    saya akan berkunjung ke rumah sesawang kamu secepat yg mungkin,insyaAllah..

    luv ~
    ena

  4. Bahasanya sungguh indah. Sungguh mulia hati penulis ini untuk mengajak wanita ke jalan yang benar di sisi islam. Menerusi karya ini, pembaca akan faham maksud yang ingin disampaikan penulis betapa maruah seorang wanita harus dijaga.

    assalamulaikum,,
    karya ini betul-betul membuka world view saya.. :) , Terima kasih Adibah kerana sudi singgah blog ini. :)

Tinggalkan jawapan