Tunjuk sana , Tunjuk sini

Beberapa hari yang lepas ana ade menghadiri ‘discussion’ yang sangat2 membekas di hati.

Terkadang terlintas di hati Betul ke aku terlibat dalam discussion tu ?macam tak percaya pula..

Ini bukan discussion sebarangan . Bukan sekadar discussion picisan , tapi ini discussion yang sangat penting yang perlu kami sama2 rungkaikan keserabutan ’jabatan’ kami..

Discussion yang di bawah kelolaan ’orang- orang hebat’ yang pastinya bukan ’orang sebarangan’ ini sedikit sebanyak agak mempengaruhi mental ana pada malam tu.

Siapa tidak berdebar untuk berbincang dan brainstorming dalam keadaan diperhatikan secara penuh oleh ’manusia manusia hebat’ ini ,sedangkan sebelum kaki melangkah masuk ke perkarangan lokasi , hati ini sudah berdetak detup penuh cemas. Seboleh bolehnya ana ingin pulang semula ke kolej. Kenapa jadi begini? Sebab mereka orang yang hebat , jadi secara tak langsung memberi kesan psikologi kepada ana.

Discussion yang dikendalikan oleh orang2 yang hebat sudah semestinya memberi impak yang hebat kepada kami , kepada ana khususnya . Pada kemuncak perbincangan , terdapat satu modul yang perlu kami lakukan (slot turning over) , yang betul-betul menyentak hati ana , akhirnya tersuluh kepasa satu kesimpulan yang nyata , sepatutnya kami pegang tali masing masing sambil mendekati ketua untuk mambantunya , Tidak mengabaikan yang ini dan tidak mengabaikan yang itu,begitulah semoleknya.

Situasi tunjuk menunjuk juga telah di realitikan melalui modul turning over itu. Di saat itu terasa sangat berat bebanan menghimpap diri , Ana menyedari sesuatu yang sangat sangat ana kesali ,ana kesal pada diri ana sendiri , ana kecewa dengan diri ana sendiri . Rasa bersalah yang teramat itu benar benar mengganggu fikiran dan hati ana , sehinggakan waktu resolusi ana dah tak mampu melontarkan cadangan malah untuk berkata – kata , terbayang betapa sikap tunjuk menunjuk ini merosakkan jabatan kami , dan ana sendiri telah merosakkan jabatan ana dengan bersikap begitu .

Fazrena , kau yang bersalah , semuanya salah kau , BUSUKnya hati kau Fazrena ,tunjuk sana , tunjuk sini , diri kau macam mane? Perfect ke? mak dan abah tak didik kau macam itu , islam tak ajar kau macam itu , pejuang islam ke kau ni ? pejuang islam bersikap macam kau ke ??! huh, kau tak layak Fazrena .. Bekali kali persoalan ini menerjah fikiran ana , sepanjang modul turning over dan ketika membincangkan resolusi hanya ini yang bermain di fikiran ana sehingga menyebabkan ana sedikit berdiam diri sepanjang turning over dan resolusi . Ana minta maaf ,ana sangat sangat kecewa dengan diri sendiri di saat itu . Memandangkan ramai yang berdiam diri semasa resolusi jadi di kolej kami berbincang bagi memperkemaskan lagi resolusi kami .

********

MANUSIA SERING MENUNTUT HAK TETAPI ACAP KALI MELUPAKAN HAK DIRINYA KEPADA ORANG LAIN

Kenapa ana berkata begitu ? Secara rambangnya kita dapat perhatikan betapa sibuknya dan betapa ghairahnya manusia dalam memperjuangkan haknya , berkata orang itu tidak jalan kan haknya ,tanggungjawabnya dan peranannya tetapi tidak pula mempersoalkan dirinya yang belum lagi menjalankan amanahnya sepenuhnya . Manusia sering sensitif dan peka dengan amanah dan tanggungjawab orang lain tetapi tidak pula peka dengan amanah dan tanggungjawab diri sendiri . Kerana apa ? kerana kita hanya fikirkan kepentingan diri kita dan tidak memikirkan kepentingan orang lain

Sebagai TP3 hampir setiap hari akan ada yang datang ke bilik ana menceritakan permasalahan masing masing kepada ana , ana meraikan perkongsian masalah , tapi sekadar memberitahu betapa ramai yang datang menemui ana hampir kesemuanya menceritakan tentang hak dan peranan , hak dan peranan ketua biro atau setiausaha atau exco malahan peranan dan tanggungjawab rakan biro . Tidak di nafikan ada di kalangan mereka yang teraniaya dan di buli tetapi apa yang dapat ana simpulkan adalah kesemuanya permasalahan berkisar mengenai menuntut hak dan memperjuangkan peranan orang lain kepada dirinya

Contoh kedua pula , tidak perlu ana mengambil contoh yang jauh , cukup sekadar diri ana sendiri yang ana jadikan contoh . Semasa ’discussion ’ ramai yang mempersoalkan peranan dan tanggungjawab ketua , termasuklah diri ana sendiri . Mempersoalkan tanggungjawab dan sikap ketua , tetapi ana langsung tidak mempersoalkan diri ana dan tanggungjawab ana sebagai anak buah . Ana sendiri tidak pula menjalankan hak ana kepada ketua , seharusnya apabila ana melihat kesilapannya maka sudah menjadi tanggung jawab ana sebagai anak buah menasihatinya, bukan asyik mempersoalkan . Bukankah selayaknya anak buah berperanan membantu ketua ? jadi apakah ana sendiri membantu ketua ? Apakah ana sudah menjalankan peranan ana kepada ketua?? Soalan muhasabah untuk diri ana sendiri.

Jadi dapat kita lihat bukan?? Betapa permasalahan ini semuanya bermula dari sifat pentingkan diri sendiri , hanya memperjuangkan hak untuk dirinya . Seandainya semua manusia menjalankan hak nya , maka tak akan ada permasalahan lagi . Sesuai dengan janji Allah kamu dapat seperti mana yang kamu beri . Apabila ketua menjalankan haknya kepada anak buah , anak buah jalankan haknya kepada ketua , suami jalankan haknya kepada isteri dan sebaliknya , ibu bapa jalankan haknya kepada anaknya dan sebaliknya , maka insyaAllah hak kedua –dua belah pihak akan di penuhi . Maka kesimpulannya , sibukkan diri kita dengan memenuhi hak orang lain , apabila semua orang begitu , pasti segalanya berjalan lancar .

Teringat ayat ayat cinta dari Allah ,

’ Sesiapa yang membuat kebaian maka sesugguhnya kebaikan itu untuk dirinya dan sesiapa yag membuat keburukan maka keburukan itu untuk dirinya

Al isra’ ayat 7

Teringat juga nasihat ma ,

’ Jangan asyik salah kan orang bila berlaku begini dan berlaku begitu , jikaa da apa apa permasalahan berlaku di sekeliling kita , pertamanya periksa diri kita , selalunya setiap apa yang kita alami itu adalah berpunca dari diri kita sendiri ’

Jadi ayuh Fazrena! Ayuh sahabat2 ,,, mari berlumba –lumba jalankan hak kita kepada orang lain..

******

Jika di ikutkan hati dan ego , sejujurnya ana segan , ana malu untuk bersua muka dengan orang orang hebat lagi . MALU !!. Tak nak dah terserempak lagi dengan mereka .Tetapi jika di perhalusikan semula kenapa ana harus malu dengan mereka , seharusnya ana malu kepada ALLAH yang begitu pengasih dan penyayang . Yang memberi tanpa meminta , walau begitu banyak noda dan dosa yang ana lakukan , tetapi DIA masih lagi memberi ana waktu untuk memperbaiki keadaan dan memperbaiki diri ini . Walau kesekian kali ana telah khianati amanah dan tanggungjawab yang DIA taklifkan pada ana ,tetapi tetap DIA hadirkan insan insan hebat untuk membantu ana dan menegur ana . Apa apa pun , jika tanpa keizinanNYA , walau ana di tegur oleh insan2 hebat tetap ana tidak akan sedar dari kesilapan andainya DIA tidak membuka pintu hati ana . Terima kasih Ya ALLAH !! Asykurulillah ya Rabb !

Terima kasih juga Ya Allah kerana walau begitu banyak kesilapan dan dosa ana , tetapi kau tetap memberi peluang untuk ana berada di atas jalan ini , KAU pilih ana yang telah penuh karat dosa ini untuk berada dalam hadaf ini..berada dalam perjuangan sahabat2 dan juga insan2 yang kesemuanya hebat dalam memeperjuangkan KAU Yang Satu . Walau jauh di sudut hati ana , ana tahu ana tidak menyumbang dalam jalan ini kepadaMU , Ana tidaklah sehebat sahabat2, tetapi tetap Ya ALLAH , ana tetap mempunyai hasrat dan keinginan yang melonjak lonjak untuk bersama2 sahabat2 yang hebat ini untuk membantu agamaMU . Hanya satu pintaku Ya Allah , Janganlah kiranya Kau tapis aku dari perjuangan ini walau kesekian kali kesilapan diri ana sentiasa mencacatkan perjalanan perjuangan untukMU ini ..

Jadikanlah aku sebagai insan terpilih untuk berada dalam golongan yang memperjuangkan agamaMU.

p/s sekalung kemaafan dan terima kasih buat sahabat2 terutamanya buat  sahabatku SAKINAH

2 Respons

  1. sumenye bcerote sal hak…
    mntang2 la cite the hulk baru kuar..
    kwang2

    uish ana ni..
    xabes2 wat lawak..
    tgok the hulk ke?
    ape input eh?xnak kongsi ke?
    hehe

  2. sumenye bcerite sal hak…
    mntang2 la cite the hulk baru kuar..
    kwang2

Tinggalkan jawapan