SEKULARISME
PENDAHULUAN
Pertembungan diantara sekularisme dan ajaran islam kian teserlah khususnya selepas jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyah pada tahun 1924.Hal ini kerana selepas kejatuhan itu Turki menjadi negara Islam pertama yang mengamalkan dasar sekular yang di pimpin oleh Mustafa Kamal At-Tartuk.Walaupun begitu, ajaran islam yang bersifat Rabbani terus utuh tanpa memerlukan campur tangan daripada manusia atau makhluk lain.
Walaupun jelas terserlah kepincangan fahaman sekular ini, tetapi ianya tetap mendapat tempat di hati segelintir umat islam.Sekularisme ini juga merupakan salah satu serangan pemikiran (ghazwatul fikr) yang di rancang oleh golongan Yahudi dan Nasrani yang telah lama memusuhi Islam.Firman Allah:
PENGERTIAN
BAHASA
Dari segi bahasa sekular berasal daripada perkataan Latin iaitu SEACULUM yang membawa maksud SATU GENERASI atau ZAMAN.
ISTILAH
Dari segi istilah pula terdapat pelbagai takrifan mengenai sekular, antaranya:
KRISTIAN
Dunia yang bertentangan dengan gereja @ fahaman yang di bawa untuk menolak agama di dalam kehidupan.
KAMUS DEWAN
Fahaman atau doktrin yang menolak atau memisahkan agama atau ciri-ciri keagamaan daripada urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan agama (seperti pentadbiran awam dan lain-lain)
KAMUS ALAM AL-JADID
“Ia adalah satu semangat keduniaan atau kecenderungan duniawi”
KAMUS BBC
“Sekularisme ialah kepercayaan bahawa agama tidak sepatutnya mempunyai sebarang pengaruh atau hubungan dengan pentadbiran sesebuah negeri, sebagai contohnya di dalam bidang pendidikan ataupun aturan politik.Oleh itu, untuk mensekularkan sesuatau sistem seperti masyarakat atau pendidikan ialah bermakna merubahnya sehingga ia tidak lagi berada di bawah kawalan atau pengaruh agama.
Secara ringkasnya sekularisme ialah :
1.Pemisahan agama dari urusan kenegaraan. Iaitu mendirikan kehidupan kosong dari panduan agama.
2.Sekularisme mengakui kekuasaan yang mutlak, hak yang mutlak bagi umat
manusia,apa yang dihalalkan oleh manusia ia adalah halal sekalipun semua agama
langit bersepakat tentang pengharamannya.
3.Dasar rasmi dalam perundangan ialah penggubalan perundangan,u’ruf,asas
perundangan semula jadi, asas perundangan Islam, kaedah-kaedah keadilan,
mengutamakan u’ruf,penggubalan undang-undang dalam menentukan suatu hukum
dan membelakangkan asas-asas syariat Islam.
4.Undang-undang keseksaan ( Hudud dan Qisas) ditinggalkan sama sekali.
5.Hakim-hakim di mahkamah tidak mempunyai sebarang kuasa melainkan sekadar melaksanakan undang-undang yang digubal dan tertulis disisi mereka dan sekiranya mereka menjalankan hukuman dengan yang lain dengan secara automatik ianya terbatal.
SEJARAH SEKULARISME
DI BARAT
Pada zaman pertengahan awal iaitu sekitar (476-1000 M), masyarakat eropah masih berada di dalam zaman kegelapan.Pada ketikan ini muncul institusi agama yang berjaya mengubah keadaan masyarakat menyebabkan lahirnya 2 kuasa utama iaitu Pihak Kerajaan yang bertindak sebagai pentadbir dan Pihak Gereja yang berperanan dalam pembentukkan nilai moral dan agama.
Setelah zaman kian berkembang, telah muncul ahli falsafah yang mula mengkritik ajaran agama yang di bawa oleh pihak gereja.Hal ini kerana pihak gereja dengan sewenang-wenangnya menyalah gunakan kuasa mereka.Kemuncaknya adalah melalui hukum kanun yang di gubal oleh pihak gereja, dimana dalam undang-undang baru ini Paus akhirnya menjadi kuasa politik tertinggi di dalam masyarakat kristian.Melalui konsep tersebut pemisahan kuasa di dalam agama kristian menjadi kabur di mana raja terpaksa meminta izin terlebih dahulu daripada Paus di dalam urusan pentadbiran.Selain itu paderi kristian juga telah terjebak kedalam penyelewengan harta,seks dan keruntuhan moral yang dahsyat..Antara tokoh yang lantang menyuarakan pendapat mereka ialah. Marsilio dan Machiavelli.Mereka berpendapat pembaharuan politik mestilah di lakukan dan penfsiran hubungan di antara gereja dan negara mestilah di tafsir semula.Selepas pentafsiran semula ini keadaan bertambah buruk di mana gereja terus di asingkan daripada pentadbiran dan di nafikan fungsinya.
Selain itu perkembangan ilmu sains juga membawa kepada belakunya pertentangan di antara pihak gereja dengan golongan ahli falsafah.Hal ini kerana pihak gereja sukar untuk menerima teori baru yang di bawa oleh ahli sains. Ramai saintis yang telah di jatuhkan hukuman bunuh.
DALAM MASYARAKAT ISLAM
Perancangan untuk menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyah telah di lakukan dengan
teliti oleh pihak Yahudi.Mereka telah merancang gerakan ketenteraan di bawah pimpinan
Mustafa Kamal At-Tartuk dan selepas itu mereka berjaya menggulingkan Sultan Abdul
Hamid pada bulan Mac tahun 1924.
Dengan jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniyah ini bermulalah era sekularisme
di dalam masyarakat dan negara islam.Mustafa Kamal At-Tartuk yang di gelar
“Bapa Turki Moden” merupakan yahudi Dunnama yang di latih untuk menerapkan
Pemikiran sekular kedalam negara-negara islam.Bermula dari sinilah Turki menjadi
Kiblat kepada negara-negara islam lain untuk di contohi dari sudut pembangunan negara.Kemudian idealogi ini terus tersemat kukuh di jiwa pemimpin islam dan rakyat yang berjiwa penjajah.
CIRI-CIRI SEKULARISME
1. Penafian hal-hal kerohanian
2. Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam bidang agama.
3. Menafikan adanya nilai hidup yang tetap
4. Menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah.
5. Menjauhkan agama daripada mengarah dan memandu hidup manusia di dalam berbagai bidang seperti kesenian,pendidikan dan moral.
6. Memerintah negara dengan membezakan di antara politik dan agama.
PENGARUH SEKULAR TERHADAP UMAT ISLAM
Agama
Agama hanya menjadi unsur ritual atau ibadat semata-mata dan ia tiada kaitan sama sekali dengan kehi dupan.
Kehidupan
Fahaman ini membezakan kedudukan manusia mengikut warna kulit, pangkat dan keturunan yang sememangnya bercanggah denagn ajaran islam.
KENAPA ISLAM MENOLAK SEKULARISME?
1.Ia menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah swt.
Di dalam Syariat Islam terdapat perkara-perkara yang mahkum dan sabit yang tidak boleh menerima sebarang pindaan dan perubahan seperti hukum-hukum ibadah, hudud, hubungan jenis sesama manusia dan lain-lain lagi.
2.Menerima sekularisme adalah kekufuran yang nyata
Sekularisme sebagaimana yang diketahui adalah kehidupan yang nyata kosong dari konsep keagamaan atau memisahkan agama dari urusan kenegaraan.Secara jelasnya ia menuntut kepada berhukum dengan selain daripada apa yang diturunkan oleh Allah swt. Menjalankan perundangan atau menerima perundangan yang lain dari perundangan Allah merupakan satu kekufuran yang nyata ( kufrun bawwahun).
3.Sekularisme melahirkan undang-undang dan peraturan orang-orang jahil
Apa yang dilakukan oleh sekularisma terhadap keinginan dan cita-cita bangsa kita, umat Islam? Sesungguhnya kedatangan sekularisme telah melenyapkan syariat dan perundangan Allah swt. Daripada kehidupan Umat Islam dilemparkan di belakang dinding sejak beberapa kurun yang lalu, menjadikan sekularisme tempat sandaran dan rujukan.Hal ini menyebabkan undang-undang berasaskan kehendak manusia di gubal dan di laksanakan.
4.Kerana syariat Islam adalah syariat yang tinggi
Kita menolak sekularisme kerana agama Islam yang kita anuti adalah satu agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Ini kerana fahaman-fahaman yang lain merupakan cetusan pemikiran manusia yang dangkal manakala Islam merupakan satu manhaj kehidupan yang diciptakan oleh Allah yang menciptakan manusia
Sabda Nabi SAW
الإسلام يعلو ولا يعلى عليه
5.Sistem sekular dibina di atas dasar pemisahan agama dan negara
Sekularisma ditolak kerana sistem sekular yang dibina di atas dasar pemisahan agama dan negara dan berhukum dengan kehendak rakyat sebagai ganti Al-Quran dan As-Sunnah telah melenyapkan dan menghapuskan negara Islam dan syariatnya
6. Menyebabkan peradaban kemanusiaan menjadi rosak
Sekularisma juga ditolak kerana ia menyebabkan peradaban kemanusiaan menjadi rosak, moral dan akhlak mereka runtuh, dan ia juga punca segala bentuk kezaliman dan penindasan sesama manusia kerana kejahilan dan kebodohan pemimpin-pemimpin sekular yang tidak tahu hakikat kehidupan yang sebenarnya
7. Menyebabkan syariat Islamiah dan perundangan Islam lenyap dan hilang
Sekularisme menyebabkan syariat Islamiah dan perundangan Islam lenyap dan hilang dari kebanyakan negara-negara Islam kerana mereka tidak melaksanakan Syariat Islamiah dan perundangan Islam.
8. Jalan ke arah kemunduran ketamadunan kemanusiaan
Sekularisme adalah jalan ke arah kemunduran ketamadunan kemanusiaan dan ortodoks.
KESAN BURUK SEKULAR
1.Umat islam hilang kuasa politik yang ada pada mereka secara beransur-ansur.Jesteru itu keadaan umat islam akan menjadi lemah dan tidak ada kuasa walaupun menjadi golongan majoriti.
2.Sumber ekonomi halal akan menjadi terhad.Ini kerana kebanyakkannya telah mengamalkan sistem ekonomi yang batil.
3.Terhapusnya dasar islam.Iaitu undang-undang islam tidak dapat di praktikkan.
4.Menyebabakan hilangnya nilai dalam hidup umat islam itu sendiri.Mereka lebih mencintai dunia dan harta lebih daripada mencintai Allah.Hal ini membuatkan mereka menjadi angkuh dan pentingkan diri sendiri.
KESIMPULAN
Kepada semua sahabat-sahabat sekalian, berusahalah bersungguh-sungguh untuk “Tafaqquh Fi Ad- Deen” di samping mencari ilmu dunia bagi membolehkan kita meruntuhkan fahaman ini yang menjadi fitnah besar kepada umat islam di seluruh dunia.
Moga dengan usaha kita ini akan membolehkan kita mendapat kemenangan di akhirat yang membolehkan kita berada di bawah lembayung “Syuhada”.
Sematkan dalam diri, niatkan dalam hati untuk sama-sama berusaha dengan kemampuan yang ada pada diri untuk menghancurkan aliran pemikiran sekular dan liberal.Hal ini kerana ulama pernah berkata “Mati dalam keadaan kufurlah seseorang yang redha dengan isme-isme barat tanpa ada sedikitpun niat untuk merubahnya.Sekurang-kurangnya bagi menjaga akidah kita sebagai seorang muslim, tekadkan dalam hati supaya kita terus membenci segala bentuk kekufuran yang di bawa oleh Barat.
Di sediakan oleh,
الفقير الى الله
Difailkan dalam: Bingkisan hati
Adanya sekulerisme di tengah-tengah umat menjadikan umat terlelap dalam tidurnya yang panjang,yang menjadikannya lupa pada kewajiban utamanya sebagi hamba Allah SWT…………yakni beibadah kepadanya, ibadah tidaklah diartikan dalam arti yang sempit yang hanya tercakup dalam hubungannya dengan sang Khalik. .sekulerisme merupakan racun yang sengaja dibalut oleh madu sehingga umat ini tidak menyadari bahwa sesunguhnya ada penyakit yang sedang menggerogoti tubuhnya. Islam adalah dien yang sempurna,dan kesempurnannya akan kita rasakan ketika islam diterapkan disetiap kancah kehidupan,disetaiap amalan yang kita kerjakan dan disetiap aspek yang kita hidup didalamnya………………InsyaAllah
salam.. betul3!!
sepakat.
kick out SECULERISM dari negeri muslim!!!
semangat
BERGERAKLAH
karena DIAM=MATI
ukhti.. syukran atas info nih..sgt2 bguna utk presentation ana..