Tinta Pena ini Bukan untuk Pujian
Tinta Pena ini Bukan untuk Kebanggaan
Tinta Pena ini Untuk Memberi Sedikit Sumbangan
Untuk Islam Melangkah Kehadapan Penuh Kebanggaan Menuju Kegemilangan
Ingatkan diriku jikaku kealpaan
Ingatkan diriku bilaku diselubungi riak kesyirikan
Sesungguhnya cita-citaku menjadi Mujahidah Islam
Yang bukan bercita-cita menjadi Pejuang Terhormat
Tetapi Seperti Pejuang Islam Yang bercita-cita
Menjadi Pemikir Ummat!!
Sebarang salin menyalin atau edar mengedar DIBENARKAN kerana yang memberi hidayah dan izin untuk menulis adalah ALLAH..jadi untuk kepentingan islam,manfaatkanlah segala yang ada dalam blog ini...
####################
Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan.
Al Quran (88 : 21 )
“Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara. Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.” – Wadasar DzulKhairi Mohd Noor Presiden GAMIS 2007-2008
###########################################
“Kalau seorang Muslim hendak membanggakan dirinya, maka dia semestinya berbangga dengan pelbagai cubaan dan penderitaan yang dialami di jalan Islam, dia mesti bangga dengan jerih payah, perjuangan dan kerja keras yang dia persembahkan untuk agama ini dan dia mesti bangga tatkala di berjuang dengan penuh pengorbanan untuk meninggikan kalimah ‘La Ilaha illallah’ ” - Dr Aidh Abdullah al-Qarni, La Tahzan
###########################################
"Inilah kelemahan para daie dan ilmuwan hari ini bagiku, gagal untuk melihat bahawa kuasa dakwah pada hari ini kekadang banyak wujud dalam kuasa multimedia dan perfileman. Lihat sahaja, berapa ramai yang tak pernah terlintas mahu membaca sumber-sumber Islam, tapi akhirn ya masuk Islam selepas melihat filem The Messenger. Berapa ramai yang sebelum ini keras hati tetapi akhirnya menitiskan air mata apabila melihat 8 siri filem perjuangan Ashabul Kahfi…." - Syaari Abd Rahman , Setiausaha Agong GAMIS 2007-2008
###########################################
Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.
assalamu’alaikum. ukhti, gambarnya bagus, ana ambil ya? jazakallah khairan..
teruskan menulis ….boleh share dan beri menfaat pada semua. Cantik blog anti …