Jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi.. Teringat pertanyaan ana kepada ummi su semalam.. sama ade nak berqiam di surau atau sekadar di rumah..tetapi ummi dengan tegas meminta berqiam di rumah sahaja..
‘ Mat… bangun bangun bangun… ‘
ana ulang ayat itu banyak kali di setiap bilik…
hm.. seorang pun x berkutik dari perbaringan.. hu.. xpe la.. ana dengan pantas menuju ke tandas untuk khidmat diri…
keluar dari toilet,tengok2 ade la masyitah kat luar tunggu turn..
‘Hm,yang lain da bangun ke?’
‘Ntah,drang penat sangat kot ‘
Ana dan masyitah sekali lagimengejut mat2 supaya bangun.. ana tak risau kalu drang xsempat nak mandi.. tapi ana risau kalu drang tak sempat nak qiam.. Akhirnya masing2 menyahut panggilan ana.. so dengan senang hati ana menuju ke ruang tamu untuk menunaikn hak Allah.. tidak lama kemudian masyitah menyusul bersama sama berqiamullail.. Selesai beberapa rakaat,ana terfikir kenapa sunyi jek nih.. ana jengah bilik masing2.. hu,syahid semula sahabiah sahabiah ku ini.. ksian.. kpenatan bergerak kerja..
‘Bangun2.. jum mandi n qiam.. qiam kan sumber kekuatan mukmin…’
‘Ena.. sian drang..biarlah drng tidur sket lagi..’
hm? kejam eit ana ni?
ana pandang masyitah..
‘masyitah,awak ingat tak ape yg ena pernah cakap dalam meeting sesama mat petang smalam?? perjalanan kita bukan perjalann melancong..perjalanan ni kita bawa bersama2 dengan misi dakwah kita..bukan perjalanan untuk merasai damainya kampung..tapi merasai 1 titik kepayahan dan kesukaran yang Rasulullah dan para sahabat alami.. ini baru 1 titik… perjalanan ini perjalanan memperjuangkan yang satu..dan ena pun da cakap petang semalam yang kalu kita nampak kawan2 kita penat,jangan suh die berehat,tapi suh die sabar dan mujahadah..kalu xmampu,bawala tafsir ke mana2..jika rasa xkuat lawan nafsu malas dan ngantuk kita buleh bace al quran..smoga kalam Allah yang menjanjikan pelbagai ganjaran tu mampu mengobarkan semula semangat kita..’
Tiba2 lampu terbuka..generator berfungsi semula..hu,da kul 5…lantas ana buka lampu setiap bilik dan matikan kipas.. huhu..maaf yek sahabt2..
‘ Ena,awk ni garang jugak yek.. ‘ kate masyitah..
ana hanye senyap.. Mereka semua orang yang di tarbiyyah,harap mereka faham..
*******
Da kul 6.30am.. tapi solat subuh stil xdidirikan lagi.. Ana memandang ummi su..ummi su memandang ana.. hm..kami tertanya2 kenapa min masih lagi tidak iqamah..agaknye ingin menunggu kesemua hadir kot.. Hati menangis…
*****
Ana menguis nguis tanah dengan kaki…
‘uiks,nape ni ena? penat yek?’ tanye kak bighah..
ana tersenyum.. jiwa ni bergelodak dengan satu perasaan yang sukar di tafsirkan.. Penat?? Tugas kita sebagai daie tak pernah menjanjikan untuk kita beristirehat.. jadi kepenatan itu adalah kewajipan yang perlu dirasai oleh stiap daie.. Rasa penat itu sebenarnya satu kebahagiaan kepada ana.. kepada setiap daie seharusnya..kerana kita tahu bukan,kita berpenat kerana atas dasar ‘ubudiyyah kita kepada yang satu.. Rasa kehambaan yang hadir dalam diri membuahkan satu ketenangan yang sukar di tukar ganti..Ketenangan yang di anugerahkan oleh Yang MAha Tenang..
‘Hei,kenapa ni? Akak xleh nak wat air garam kat awk kat sni..awk tu da la cepat penat..tengok mate tu..da sembab.. kang pitam kang sape nak handle mat?awk tu satu2nye MT mat..ingat tu..’ kkata kak bighah lagi..
‘ Tak de ape la kak… penat tu memang penat.. tapi rase kecewa tu lebih memenatkan ena daripada rase penat bergerak kerja..’
Kak Bighah buat muke xfaham..
‘ Kadang2 ble kite wat high expectation pade org pun bahaye gak kan kak??’
kak bighah jadi makin tak faham..
‘kenapa nih?’
ana tersenyum.. lantas mengeluarkan tafsir kesayangan ana..
‘tak de ape la kak.. sesaje tanye…’
Kak bighah wat muke tak puas hati..dan ingin bertanye lagi..tapi terbantut kerana ana telah pun mula mengalunkan kalamNYa,,
********
’ Hanya Tentera yang terbaik sahaja yang dapat menawan contantinople ‘
Kenapa di katakan begitu? Dapat kita perhatikan bagaimanan al Fatih di pilih menjadi panglima dan bagaiman tentera2nya di pilih..dan di uji dengan sebatang sungai dan kemudiannya di uji lagi dengan ladang anggur..Bila kita kaji dapat kita melihat betapa keimanan mereka memanifestasikan diri mereka.. ketakwaan kepada Allah menjadi tunjang utama.. dan akhirnya mereka berjaya menakluk constantinople..
Begitu juga dala kehidupan ini..dalam kita bergerak kerja..dalam kita berprogram..jika setiap MT dan ahli tidak menjaga hubungan dengan Allah,maka bagaimana kejayaan itu dapat kita garap? Lagi lagi dalam proses mendakwah dan mengislah manusia itu sendiri.. kita cuba menyampaikan,tapi harus kita ingat sesungguhnya hati manusia itu hanye di pegang oleh Allah.. Bagaimana kita ingin dakwah kita berjaya jika kita sendiri tidak taqarrub dan rapat dengan si pemegang hati..
Kecewa bila ramai yang melengah lenghkan masa.. kecewa dengan disiplin yang di pamerkan oleh satu persatuan yang paling ana kagumi.. pada beberapa orang yang ana meletakkan begitu tinggi expectation kepada mereka.. pada diri ana sendiri..pada keseluruhan gerak kerja program..
Ini adalah satu amanah.. amanah bukan perkara yang simple2.. amanah merangkumi segala ruang kehidupan kita.. Terfikir sejenak, tidakkah dapat di bayangkan betapa beratnya amanah yang perlu di galas ini.. ketakutan demi ketakutan melanda dan mengask bertubi tubi di benak lantas mematikan terus keinginan untuk berehat… Permusafiran di pendalaman ini mengajar pelbagai mutiara hikmah.. membentuk satu peribadi yang utuh.. Peribadi sebagai seorang daie yang sentiasa perlu di jaga.. Akhlak sebagai orang islam yang perlu di permolekkan…
Hati sedih.. Jika kita tidak mampu berkorban rasa penat.. tidak mampu berkorban rase ingin tidur dan mengantuk..bagaimana kita ingin mengorbankan diri dalam meneruskan dakwah ini.. berkorban untuk diri sendiri pun sudah payah,bagaimana ingin berkorban kepada orang lain?? seharusnya setiap daie dan termasuk diri yang berkata ini bersedia berkorban malah mewakafkan segala kudrat yang ada demi keberlangsungan kita dalam meneruskan risalah..
Tok guru ana sering mengingatkan.. Jika ingin mengawal manusia,kamu kena kawal hatinya,untuk mengawal hatinya kamu kena kawal hati kamu,untuk mengawal hati kamu,kamu kena sentiasa berjaga malam berqiyamullai atau bertafakur…kerana jika kamu berjaya mengawal hati dan nafsu kamu kerana Allah..maka Allah akan membantu kita mengawal manusia yang lain… senang crite or di pendekkan penerngan , dalam berdakwah kite plu pandai mempengaruhi mad’u kan? jadi qiyamullai adalah care terbaik untuk touching hati mad’u..dan kerana itulah di permusafiran ini ana sangat menekankan munajat dan qiyam..serta disiplin..
Alhamdulillah..segala yang terbuku dapat ana luahkan pada malam itu.. Walaupun sudah dua kali Akh Rasyain datang memanggil kami di dewan supaya pergi mengambil makanan di surau tetapi akhirnya berjaya juga ana sampaikan rase kesal di hati kepada sohabiah sohabiah ku…kami tutup majlis dan istighfar…
lantas langkah di ayun dengan pantas menuju ke surau..beberapa sohabiah datang kepada ku..
‘ ena nak mintak maaf sebab buat awk down..’
‘ena,akak tahu awk mare akak kan? lain kali tegur je la neh ..’
Ana tersenyum hambar.. bukan kemaafan yang ana pinta..bukan isu marah or tak marah… tapi isu prestasi kita sendiri sebagai daie.. bagaimana seharusnya kita bentuk diri ini menjadi daie yang sbenar2nya daie?? pertanyaan muhasabah pada diri ana sendiri…
‘ena,tegurlah lagi sekali dlam meeting post mortem malam ni…biar sume dengar..’ kata ummi su.
ana terdiam.. maaflah,salah satu kelemahan diri ini adlah takut untuk berbicara alah menginvolvekan diri dalam perbincangan bersama2 orang yang ana kagumi apatah lagi yang telah ana letakkan high expectation kepada mereka..
‘ Tak berani la kak.. ramai pimpinan dan senior..akak tau kan sy ni macam mane..nak tegur muslimat pon puas dok susun ayat.. ye la..spatutnya ummi jadi MT..bukan ena..ena bukan pimpinan PMI..’
‘ Ena, ummi tak suke ena cakap macam tu.. sekarang ena adalah pimpinan..bukan ummi.. dan awak kena berlajar..awak kan JKM..’
‘ JKM lain ummi dengan pimpinan2 PMI..lain..takpe la ummi..ena cube neh..’
Perbualan terhenti apabila kami melangkah ke surau..
***
‘ pagi esok bangun awal.. kite qiyam..’
hanye itu yang mampu ana sampaikan kepada kesemua ajk..hm..kenapa la diri ni macam ni..besarkan lah jiwa mu ena..Kau adalah khalifah..kita di lahirkan sebagai pemimpin..so tunjukkn diri sebagai seorang peminpin!!huhu~ susahnye kalu ramai sangat senior dan pimpinan ni..nak cakap pon jadi takut..hm.. no matter wut.. ana sendiri kne muhasabah dan mengislahkan diri..tidak kisah la..tua atau muda.. hebat atau tidak hebat..atau sesape pun diri ana.. apa yang perlu ana sampaikan,ana perlu samapikan..hati pedih..kenapa diri begitu tidak berjiwa pemimpin…huhu~permusafiran mencari redha Allah
Coretan ini datang dari hati dan di nukil untuk diri sendiri..
wallahualam..
Difailkan dalam: Bingkisan hati | Tagged: bicara, da'ie, dakwah, fatih, JIHAD, jkm, nafsu, nukilan, PMI, taubat, ummi
SALAM..
ENA.. SYUKRAN KATHIRA WA ASIF JIDDAN..
(Permusafiran di pendalaman ini mengajar pelbagai mutiara hikmah.. )
BETUL DIK.. BANYAK HIKAMAH YANG AKK DAPAT..
DOAKAN SEMOGA AKAK OSTIQAMAH DALAM AMAL DAN DALAM PENGISLAHAN YANG AKAK WAT NI..
P/S : JGN LUPE… AWK DA JANJI NAK KJUT AKAK QIYAM TETIAP ARI KAN? N AWAK KNE SLALU MSG AKAK UNTUK INGATKAN AKAK 4 SENTIASA MENGAJI DAN STRIVE 4 HABISKAN 1 JUZUK PER DAY.. INGAT TAU..AKAK DA XDE KAT UTM.. TAKUT KALAU JADI FUTUR,,NAUDZUBILLAH…NWAY SYUKRAN DIK.. ATAS NASIHAT DAN CARA AWAK TEGUR AKAK DENGAN TANPE RASE SAKIT HATI KAT ATI NI
.. SYUKRAN… SAYANG ADIK!!!
salam alaik ya ukhti manis..
jangan takut dalam memberitahu kebenaran..
dlu bukanke enti ni debater??
Salam’alaik..
Alhamdulillah…
Ana rasa amat bersyukur n bertuah sgt kerana masih ade lagi muslimat2 sufi haraki macam enti nih..mudah2an jiwa muslimat2 lain akan turut disuburi dengan tarbiyyah enti..Harap2 begitu la…
Ape pun nasihat dari ana..tak kira sape pun kita yang penting kebenaran perlu dijulang..yang baik perlu disampaikan..sama ada kita dibawah atau di atas teguran untuk sahabat2 perlu diberikan…Mmg pahit untuk kita telan perangai sahabat2 kita..tapi ingatlah yang pahit itulah ubat kpd penyakit…Andai ubat yang pahit ini kita tak berikan pada sahabat kita nescaya semuanya akan “berpenyakit”…so ana harap sgt enti jgn rasa rendag diri untuk menegur sekalipun pimpinan…Daie kena berjiwa besar..Ada sinar kepimpinan di wajah enti..jgn biarkan ia pudar..
Wassalam..
ana musafir yang cuba menggeledah peribadi insani dalam memaknai usia diri..
MCKK 0004, HK SBP zon tengah dan zon barat..
sedih..
sangat2 tersentuh…
kita sgat2 mengharapkan kejayaan islam..
tp diri sndiri tak betul..
trime kasih bebanyak mutiara bernilai..
awk,ade ym?
hati sy terpanggil untuk mengenali awk..
boleh??
salam..
syukran sis…
i owe u a lot..
salam..bunda,sdey la bace…nak jadi kuat mcm bunda..