HATI

 

Sudah lama rasanya ana tidak meng’update’ blog ni. Kekangan waktu agak menghimpit sekarang.Betul lah kata Tokoh sanjungan kita , As syahid Imam Hassan Al Banna , sesungguhnya tanggungjawab lebih banyak daripada waktu yang ada ,

Berbicara mengenai tanggungjawab dan amanah , hati ini tak lepas dari debaran dan ketakutan , bertubi tubi pertanyaan megasak hati dan minda. Ya Allah , sejauh mana ana telah laksanakan amanah ana ? Sejauh mana ana telah berusaha dan komited terhadap amanah yang di pikul ini ?

Fenomena sekarang , manusia lebih cenderung untuk melihat ‘amanah’  hanya di dalam skop ‘taklifan kerja dan jawatan’ semata mata. Tapi sebenarnya amanah bukan hanya sekadar itu , malah lebih dari itu.

‘ Ana tidak boleh nak tumpu study semata-mata,ana pun ada amanah lain’

‘ Biarlah study ni, ni ana paling takut dengan amanah ana as *** sebelah kaki da kat dalam neraka ’

Pelbagai lagi kata-kata yang ana telah dengar , dan ana sendiri mengaku terkadang ana juga bersikap sedemikian, walhal jika kita renung semula segala apa yang kita miliki sekarang adalah amanah.Selagi kita masih hidup dalam ruang masa, selagi itu kita mempuyai pelbagai amanah, kerana masa itu sendiri adalah amanah.

‘ Fa bi ai yi ala irabbikuma tukazziban ‘ berulang ulang ayat itu bermain di hati ana. Hati jadi tidak tenang. Tidak keruan. Ya Allah , nikmat kau yang mana satukah yang telah aku dustakan? Ana sering mengingati diri yang selalu terlupa bahawasanya masa itu adalah amanah bagi ana . Apa yang telah ana isi dan kerjakan pada setiap saat yang Engkau anugerahkan Ya Allah ? Masa adalah ujian bagi kita.

‘ Jom la kita keluar, final kan dah habis, boleh la kite enjoy jejalan skejap,slame ni dok struggle bace buku jek.. ’

Terdiam. Tidak salah berjalan jalan merehatkan otak dan diri, kerna diri ini juga adalah amanah untuk kita jaga . Lumrah manusia , kita memang tidak akan mampu bekerja dan membuat perkara yang sama secara rutin dan berterusan. Kita bukan robot . Kita perlukan rehat. Tetapi istilah ‘rehat’ yang bagaimanakah kita praktikkan ? ‘Rehat’ sekadar melepas penat atau ‘rehat’ yang terlebih rehat ??

Hati ini menangis . Astaghfirullahal’azim.. ana istighfar berkali kali. Bangkitlah wahai diri! lupakah kau bagaimana sahabat2 Rasulullah yang kepenatan minta di rehatkan?? ‘ Ya Rasulullah, istirehatkanlah kami dengan solat..’  Tapi ana di sini langsung tidak begitu.. Begitu rendahnya tarbiyyah ku.. Begitu mudah ana mencari rehat yang bersifat duniawi..

Teringat lagi satu ayat yang pernah ana baca dari sebuah buku , Kekuatan iman melahirkan kekuatan jasad  Sebab itu apabila kita lihat dan kaji kisah hidup para sahabat dapat kita gambarkan mereka ini ibarat singa di siang hari kerana berperang , tetapi ibarat rahib di malam hari kerana beribadat kapeda Allah. Hati sering bertanya kepada diri , Apakah yang akan ana lakukan jika kepenatan seharian melakukan gerak kerja di siang hari ? Dengan yakin dan pasti ana akan tidur pada waktu malamnya.

Hati sering memberontak dan menangis , kenapa, kenapa dan kenapa?? kenapa ana tidak seperti mereka ? Tidak penatkah Salahuddin Al Ayubi berperang di siang hari ? Tidak lelah ke Tariq Ziyyad menentang musuh Allah ? Fazrena, tidur kerana kepenatan bekerja juga merupakan ibadah.. Ana cuba memujuk diri.. Tapi diri tetap tidak boleh menerima .. Ya Allah , Ana perlu tingkatkan lagi tarbiyyah diri ni.. Tarbiyyah Jasdiyyah..tarbiyyah Ruhiyyah.. Ana inginkan kekutan iman Bilal b Rabbah.. ana inginkan keteguhan hati Sumayyah.. ana inginkan takwa Hassan Al Basri.. Ana inginkan zuhud Abdul Rahman bin Auf.. Ana inginkan … Ana inginkan… ana… Ah, diri sering meminta ingin menjadi.. Tapi susah sekali untuk ana berusaha ke arah itu..

Amanah masa sudah menggusarkan ana , ini belum lagi amanah kepada ilmu Allah ,kepada diri , kepada ibu bapa,keluarga malah masyarakat. Selain itu amanah terbesar ana as khalifah juga tidak dapat ana laksanakan sebaik mungkin.

‘ Bunda, kite rase macam nak wat gerak kerja je, malas la nak study ni,kan bes kalu xyah study ‘

Tidak di nafikan , ana juga pernah rasa sedemikian ,  tetapi tidak boleh kita abaikan amanah belajar ilmu Allah ini juga. Dalam ramai manusia , Allah sudah pilih kita sebagai dutaNYA dalam mempelajari dan menerokai beberapa cabang ilmuNYA , Belajar juga adalah amanah..   Dengan ilmulah islam berkembang menjadi satu tamadun yang GAH , dan dengan ilmu juga lah barat memusnahkan islam..  Ayat ini sering membuat diri ana bangkit semula, buat diri ini merasa betapa perlu ana belajar kerana ilmu adalah wasilah memegang dunia. Seperti zaman Nabi Musa , ilmu sihir adalah di antara wasilah dalam meneroka zaman itu , dan sekarang ilmu teknologi adalah sebagai pemudah cara kita memonopoli dunia. Teringat ayat Ar Rahman , Hai jama’ah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan. ( A Rahman ; 33 )
Jumhur mengatakan kekuatan di sini adalah kekuatan ilmu, maka dapat kita lihat bukan , ilmu adalah elemen penting dalam pembinaan khilafah..
 
Tapi ini baru sekitar amanah ilmu dan masa.. bagaimana pula amanah amanah yang lain ?
Ana hanya menulis setakat ini.. insyaAllah , jika di permudahkan ana kan menyambung semula..
 
Bicara ini datang dari hati, di nukil khas buat peringatan diri ana sendiri .. :(
( hu , kenapa tiba2 xleh nak unitalic kan paragraph kat atas ni?? xfaham btul la ana dengan wordpress nih.. :(    )

Amanah…Air mata mengalir lagi…

 

Tinggalkan jawapan