
” Dalam kegelapan malam yg hitam pekat ini,ku melihatmu dengan mata hatiku,membayangkan wajah wajah muda yang akan bersamaku menegakkan kalimah Tauhid ini dengan jiwa yang membara , mencari butiran mutiara bernilai yang sentiasa bersinar bercahaya penuh semangat membela agama ini tanpa rasa serik, aku menggali butiran berlian islam yang akan menjadi pelopor penggerak islam bersama2 ku…hanya satu hasratku , aku ingin sekali islam yang dulu pernah gemilang cemerlang bangkit semula mnunjukkan ‘izzah’ nya..Aku kepeingin sekali agar panji panji islam bertebaran serata ceruk dunia..
NAMUN…
Terkadang dalam perjuangan ini aku menjengah mencari tangan tangan sahabat yang mampu memegangku di saat ku hampir tersungkur,Aku memerlukan sahabat2 yang sentiasa di sisi tika ku berjuang,tetap ada di belakangku saat ku terbuang… Mahukah kau menjadi sahabatku? bersama sama membantuku menegakkan kalimah Allah yang kian disingkir?Mahukah kau menemaniku menentang taghut yang semakin hari kian berkuasa ?Mahukah kau menyapu air mata ku? Malah mengesat lukaku dalam kepayahan memperjuangkan yang satu?Mahukah kau?
Aku tak punya harta sebagai tawaran… Aku tak punya kuasa sebagai tarikan.. TAPI.. Aku punya Allah sebagai jaminan..Aku miliki Tuhan yang penuh kesempurnaan.. Yang pasti memberimu pelbagai ganjaran.. Mahukah kau??
Perjuangan bukan mudah… dan tidak akan pernah menjadi mudah… kerna perjuangan itu pasti dan pasti menuntut pengorbanan… Pengorbanan,mudah dibicarakan cuma,,tapi sukar di amalkan kata.. Berkorban ertinya terkorban.. Namun,Inilah jalanku..hadaf inilah yang tetap ku pilih.. Maka masih kah kau mahu menjadi sahabatku?? Berkorban bukan mudah,tapi inilah yang di nilai Allah.. mahukah kau berkorban bersama2 ku?
Mahukah kau berkorban bersama2 ku? Sahabat2 yg membaca??
BIngkisan hatiku di Masjid e nabawi, Madinah.. 10 Mei 2007
Al Faqir ila Afwi Rabbih, Nurul Fazrena BT Kamal, Hamba Allah , Abdi Dakwah , Kuli islah, Pekerja o5 ~
Difailkan dalam: Bingkisan hati | Tagged: abdi, berkorban, dakwah, hamba, islah, islam, madinah, perjuangan, sahabat, sudi