Kuselusuri detik detik yang berlalu ,
Tanpa ku sedar aku lupa akan tanggungjawabku ,
Setiap minit yang ku isi hanyalah bersifat duniawi
- Ukhti Niza -
Hari hari berlalu sepi…
Sesepi hatiku yang kian menyendiri..
Menyendiri dari MU , Wahai Rabbul Izzati….
- Ukhti Mutiara_
Aku lena dalam dunia ciptaanku..
Namun kadang kala muncul persoalan di benak,
Adakah aku bahagia ataupun
kebahagiaan itu semakin jauh meninggalkan ku…
- Ukhti Niza -
Aku kian lemas..
lemas dalam dakapan pautan fatamorgana..
Menghimpit , mencengkam diri ini…
Tuhan,, Bebaskan hati ini…
Bebaskan diri ini dari segala lakonan dunia..
- Ukhti Mutiara -
Dalam lena ku menyelusuri..
Sesaat ku terdetik..
Ya Tuhan , Aku sebenarnya semakin jauh…
Jauh dariMu…
Layakkah aku mengaku aku hambaMU ?
- Ukhti Niza -
Sedetik ini yang berlalu..
Bisa membongkar pelbagai tingkahku.
Palitan dosa menyelubungi diriku.
Jejak kaki semalam membayangiku,
Disini aku tunduk menyembah.
Melutut memohon keampunanMU..
- Ukhti Mutiara -
Terima kasih Tuhan kerana memberi aku masa untuk mencatat setiap ketentuanMU..
- Ukhti Niza & Ukhti Mutiara -
Difailkan dalam: Bingkisan hati, kaTe kata besh, santapan rohani | Tagged: dosa, duniawi, ketentuan, nafsu, noda, penyesalan

salam along…ukhti niza? niza meow ke? =)