• ::: Pintaku :::

    Tinta Pena ini Bukan untuk Pujian Tinta Pena ini Bukan untuk Kebanggaan Tinta Pena ini Untuk Memberi Sedikit Sumbangan Untuk Islam Melangkah Kehadapan Penuh Kebanggaan Menuju Kegemilangan Ingatkan diriku jikaku kealpaan Ingatkan diriku bilaku diselubungi riak kesyirikan Sesungguhnya cita-citaku menjadi Mujahidah Islam Yang bukan bercita-cita menjadi Pejuang Terhormat Tetapi Seperti Pejuang Islam Yang bercita-cita Menjadi Pemikir Ummat!!
  • Salamun Alaik.

    Sebarang salin menyalin atau edar mengedar DIBENARKAN kerana yang memberi hidayah dan izin untuk menulis adalah ALLAH..jadi untuk kepentingan islam,manfaatkanlah segala yang ada dalam blog ini... #################### Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. Al Quran (88 : 21 )
  • Most Traffic Post

  • Top Clicks

    • Tiada
  • Kiriman Terbaru

  • Komen terbaru

    elly pada MUHASABAH DIRI
    erin pada Kenapa mesti marah??
    sdura pada MUHASABAH DIRI
    althafunnisa pada Islamic Pictures
    althafunnisa pada Islamic Pictures
    althafunnisa pada Islamic Pictures
    adibah juhari pada Surat-Surat perempuan Joh…
    eiyda pada Kenapa mesti marah??
    batjoe pada Muhasabah cintaku
    batjoe pada Inilah Jalan ku
    muse nick pada MUHASABAH DIRI
    muse nick pada MUHASABAH DIRI
    mutiara pada Mengambil nafas baru : NEW…
    muharrikdaie pada Mengambil nafas baru : NEW…
    yati pada Sahabat
  • ~ Mereka Berkata ~

    “Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara. Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.” – Wadasar DzulKhairi Mohd Noor Presiden GAMIS 2007-2008 ########################################### “Kalau seorang Muslim hendak membanggakan dirinya, maka dia semestinya berbangga dengan pelbagai cubaan dan penderitaan yang dialami di jalan Islam, dia mesti bangga dengan jerih payah, perjuangan dan kerja keras yang dia persembahkan untuk agama ini dan dia mesti bangga tatkala di berjuang dengan penuh pengorbanan untuk meninggikan kalimah ‘La Ilaha illallah’ ” - Dr Aidh Abdullah al-Qarni, La Tahzan ########################################### "Inilah kelemahan para daie dan ilmuwan hari ini bagiku, gagal untuk melihat bahawa kuasa dakwah pada hari ini kekadang banyak wujud dalam kuasa multimedia dan perfileman. Lihat sahaja, berapa ramai yang tak pernah terlintas mahu membaca sumber-sumber Islam, tapi akhirn ya masuk Islam selepas melihat filem The Messenger. Berapa ramai yang sebelum ini keras hati tetapi akhirnya menitiskan air mata apabila melihat 8 siri filem perjuangan Ashabul Kahfi…." - Syaari Abd Rahman , Setiausaha Agong GAMIS 2007-2008 ###########################################
  • Imam Syafie

    Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.
  • Label

Sahabat

 

klik gambar untuk lebih jelas

 

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah , mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..

 

 

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

  

 

Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

 

 

 

 Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

 

 

 

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

 

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

 

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Wassalam~^^

 

Satu Respons

  1. sahabat yang baik adalah sahabat yg berada dan mbantu kt ke jalan Allah

    salam..
    moge dipertemukan kita sahabat yg apabila melihat wajahnya sudah mampu mengingatkan kita kpda Allah swt..amin

Tinggalkan jawapan