• ::: Pintaku :::

    Tinta Pena ini Bukan untuk Pujian Tinta Pena ini Bukan untuk Kebanggaan Tinta Pena ini Untuk Memberi Sedikit Sumbangan Untuk Islam Melangkah Kehadapan Penuh Kebanggaan Menuju Kegemilangan Ingatkan diriku jikaku kealpaan Ingatkan diriku bilaku diselubungi riak kesyirikan Sesungguhnya cita-citaku menjadi Mujahidah Islam Yang bukan bercita-cita menjadi Pejuang Terhormat Tetapi Seperti Pejuang Islam Yang bercita-cita Menjadi Pemikir Ummat!!
  • Salamun Alaik.

    Sebarang salin menyalin atau edar mengedar DIBENARKAN kerana yang memberi hidayah dan izin untuk menulis adalah ALLAH..jadi untuk kepentingan islam,manfaatkanlah segala yang ada dalam blog ini... #################### Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. Al Quran (88 : 21 )
  • Most Traffic Post

  • Top Clicks

    • Tiada
  • Kiriman Terbaru

  • Komen terbaru

    elly pada MUHASABAH DIRI
    erin pada Kenapa mesti marah??
    sdura pada MUHASABAH DIRI
    althafunnisa pada Islamic Pictures
    althafunnisa pada Islamic Pictures
    althafunnisa pada Islamic Pictures
    adibah juhari pada Surat-Surat perempuan Joh…
    eiyda pada Kenapa mesti marah??
    batjoe pada Muhasabah cintaku
    batjoe pada Inilah Jalan ku
    muse nick pada MUHASABAH DIRI
    muse nick pada MUHASABAH DIRI
    mutiara pada Mengambil nafas baru : NEW…
    muharrikdaie pada Mengambil nafas baru : NEW…
    yati pada Sahabat
  • ~ Mereka Berkata ~

    “Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara. Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.” – Wadasar DzulKhairi Mohd Noor Presiden GAMIS 2007-2008 ########################################### “Kalau seorang Muslim hendak membanggakan dirinya, maka dia semestinya berbangga dengan pelbagai cubaan dan penderitaan yang dialami di jalan Islam, dia mesti bangga dengan jerih payah, perjuangan dan kerja keras yang dia persembahkan untuk agama ini dan dia mesti bangga tatkala di berjuang dengan penuh pengorbanan untuk meninggikan kalimah ‘La Ilaha illallah’ ” - Dr Aidh Abdullah al-Qarni, La Tahzan ########################################### "Inilah kelemahan para daie dan ilmuwan hari ini bagiku, gagal untuk melihat bahawa kuasa dakwah pada hari ini kekadang banyak wujud dalam kuasa multimedia dan perfileman. Lihat sahaja, berapa ramai yang tak pernah terlintas mahu membaca sumber-sumber Islam, tapi akhirn ya masuk Islam selepas melihat filem The Messenger. Berapa ramai yang sebelum ini keras hati tetapi akhirnya menitiskan air mata apabila melihat 8 siri filem perjuangan Ashabul Kahfi…." - Syaari Abd Rahman , Setiausaha Agong GAMIS 2007-2008 ###########################################
  • Imam Syafie

    Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.
  • Label

Kenapa mesti marah??

MARAH?

Lumrah manusia pasti dan pasti akan tetap merasa marah , tidaklah dipanggil manusia jika kita langsung tidak mempunyai perasaan marah. Begitulah juga aku, aku juga manusia biasa yang punya pelbagai kelemahan dan perasaan, dan aku tidak mampu lari dari permasalahan ini.Ya Allah, diri ini terasa jauh hati , diri ini terasa seolah-olah tidak dihargai.. Tetapi kenapa harus aku merasakan begitu Ya Allah? Kenapa diri ini terasa hati tatkala ada yang tidak berpuas hati dengan apa yang aku bagi selama ini, apabila aku telah memberi segala yang terbaik dan segala yang termampu aku membantu tetapi dia  merasakan semua itu tidak cukup..malah merasakan aku langsung tidak membantu..Sejauh mana lagi yang dia mahu aku lakukan?Apa lagi yang perlu aku lakukan untuk memuaskan hatinya?Aku menginsafi kekerdilan diri ini Ya Allah.. Aku menyedari akan kekurangan diri lantaran aku ini hanyalah hambaMU yang diciptakan dari setitik air dari saluran kencing.. aku memahami,aku tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua orang..

NABI MUHAMMAD SURI PANDUAN TAULADAN HIDUP

Sedangkan nabi Muhammad yang terpelihara itu pun ramai yang membenci dan tidak berpuas hati dengan baginda, inikan pula diri ku yang penuh dengan kejelekan dan kekotoran hati ini. Ya Rasulullah, semoga lembaran hidupmu mampu menguatkan semangatku..Ya Allah Yg Maha Kuat,berikanlah aku kekuatan hati..kurniakanlah aku hati yang bersih supaya dengan itu aku mampu bereaksi seperti biasa dengan dia..berikan aku nur hikmah supaya aku mampu tersenyum dan mampu lagi berbaik dengannya..jangan jadikan diri ini sifat bermusuhan,penuhkan diri ini dengan kasih sayang..kerna sesungguhnya aku membenci perasaan yang aku rasa sekarang.  

MALU

Ya Allah, sesungguhnya aku malu dengan MU.. baru sedikit di uji terus aku melatah..kenapa mesti sedih?kenapa perlu terasa? seolah-olah diri ini tidak ikhlas dalam membantu..biarlah fazrena.. bukakan hati mu.. bukan penghargaan manusia yang kau perjuangkan. tetapi kau tengah perjuangkan penghargaan dn cinta dari pencipta manusia itu sendiri..Seperti kebiasaan tingkah ku tatkala bersedih dan di uji,pasti aku selak dan dalami tafsiran firmanNYA..Tetapi kali ini aku memilih untuk menyingkap lebaran sejarah dan liku yang dihadapi oleh Nabi Junjungan.. Menitis air mata ini memikirkan jurang yang teramat jauh antara aku dan sahabat-sahabat Baginda,inikan pula Baginda Yg Maksum itu.. Hati terus hilang dalam gundah perasaan mengagumi dan sedih memikirkan pengorbanan yang telah baginda lakukan demi memastikan islam itu akhirnya sampai kepada kami..kepada aku.. Diri ini tenggelam dalam kesedihan, semakin kuselak lembaran kitab sirah,semakin laju air mata mengalir..tetapi aku suka perasaan tika ini Ya Allah..tenang,syahdu dan mendamaikan.. Hilang sudah perasaan kecil hatiku..Aku mesti kuat.. segala ini adalah tarbiyyah dan aku perlukan tarbiyyah itu..maka seharusnya aku melalui segala saat yang sulit ini (walaupon xsulit mana jika dibanding dengan orang lain)

TARBIYYAH

Aku adalah orang yang ditarbiyyah, aku inginkan suasana tarbiyyah..tarbiyyah islamiyyah..Aku tidak mahu tunduk dengan tarbiyyah jahiliyyah,suasana yang mampu menghancurkan ku di dunia bahkan di akhirat. Tarbiyyah tidak akan berhenti, masalah adalah kehidupan,penyelesaian juga adalah kehidupan. Tarbiyyah mengajar aku supaya tidak mudah patah semangat,tidak lemah dan tidak mengharapkan penghargaan serta sikap ambil berat manusia lain, Kerana aku pasti dan pasti aku dipantau oleh Yang Maha Mengetahui segala inci setiap benda di dunia,Dia lah pemantau teragung,kepadaNYa lah aku bercerita,mengadu dan menangis.Kerana hanya dengan kasih sayangnya lah aku mampu merasa tenang.Seperti orang yang kehausan diberikan air dingin.Sungguh menyamankan..begitulah nyaman dan tenangnya jiwa ku..Aku tidak bergantung kepada manusia, tetapi aku bergantung kepada Tuhan kepada keseluruh manusia. Kerana cintaNYa kepadaku,di berikan ku pelbagai ujian supaya dengan itu aku mampu menjadi sebaik-baik umat,tunduk sebagai seorang hamba,berjalan sebagai seorang khalifah! Diberikan ujian sebagai panduan dan pengajaran dalam aku menyusuri kehidupan mencari sebutir mutiara  iman,menyemai sepohon takwa agar dapat berteduh dari kepanasan nafsu,agar mampu aku berlindung dari angin hasutan syaitan dalam diri mencari Mardhatillah..Tarbiyyah mengajar aku untuk thabat dalam perjuangan, tetap utuh dalam membawa risalahnya meskipun pelbagai kesusahan dan kelelahan yang perlu aku hadapi..hebatnya tarbiyyah itu sehingga mampu menimbulkan tanda tanya orang disekeliling..sehinggakan orang yang tidak ditarbiyyah ini akn bertanya ” Sampai bila kau mahu meyeksa diri,hidup dalam kelelahan dan kesusahan ini?” dan kita akan menjawab “Aku tidak akan berhenti dari kelelahan ini sampai aku mati,sehingga Allah memberikan aku ‘istirahat’ di dalam syurgaNYA “  :)

Mutiarabernilai ::: 25march2008 :::

2 Respons

  1. salam…blog ini sgt menarik kerana dapat menyentuh hatiku yang penuh dengan keresahan…

    salam.. terima kasih sebab sudi ziarah blog ni.. hope to know u better :)

  2. terima kasih. coretan ini menenang jiwa yang sedang gundah. coretan ini ku share buat teman di beberapa laman network. terima kasih.

    salam..
    nih kak ezreen eh..
    yg add dkat facebook tu kn?
    salam kenal dr ena :D

Tinggalkan jawapan